
Showing posts with label Laman Sekolah. Show all posts
Showing posts with label Laman Sekolah. Show all posts
Sunday, 12 March 2017
PICTURE PROFILE UNTUK MAJALAH TUSZA
SELAMAT DATANG PENGETUA SMK TUN SYED ZAHIRUDDIN


Thursday, 28 April 2016
Friday, 1 April 2016
Sunday, 21 September 2014

Saturday, 30 August 2014
Saturday, 25 May 2013
PROGRAM TOYOTA ECO YOUTH MASUK PORTAL PPD JASIN

Sunday, 10 June 2012
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

Saturday, 25 February 2012
MAJALAH TUSZA EDISI 1

Tahniah
Wednesday, 1 February 2012
SELAMAT DATANG

Tuesday, 8 November 2011
ANUGERAH PERDANA PENGURUSAN BILIK BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI MELAKA

Setelah penilaian dibuat oleh penilai hampir selama 2 minggu, berikut adalah keputusan penuh Anugerah Pengurusan Bilik Kaunseling 2011, sempena Karnival Merekayasa Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Sekolah-sekolah Negeri Melaka 2011 :
Anugerah Perdana Kategori Sekolah Rendah:
1. SK Lereh
2. SK Kg. Tun Abdul Razak
3. SK Parit Melana
Anugerah Perdana Kategori Sekolah Menengah :
1. SMK Simpang Bekoh
2. SMK Tun Syed Zahiruddin
3. SMKA Sharifah Rodziah
Anugerah Harapan Kategori Sekolah Rendah :
1. SK Bukit Baru
2. SK Seri Duyong
3. SK Pantai Kundor
4. SK Tanjung Minyak
Anugerah Harapan Kategori Sekolah Menengah :
1. SMK Bukit Katil
2. SMK Datuk Abdul Rahman Yaakub
TAHNIAH & SYABAS kepada semua pemenang! Semoga anugerah ini bakal memartabatkan profesion guru bimbingan dan kaunseling di negeri Hang Tuah ini.
Thursday, 22 September 2011
LAWATAN VIP HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN
Pada hari pertama sesi persekolahan iaitu pada 3 Januari 2011 ( Isnin ), SMK Tun Syed Zahiruddin tidak putus dikunjungi oleh Wakil Rakyat dan pegawai-pegawai daripada Jabatan Pelajaran Melaka. Antara mereka yang yang hadir adalah Allahyarham Datuk Mohd Hidhir ( ADUN Merlimau ), Datuk Hj Ahmad Hamzah ( DUN Parliman Jasin ), Pn Hjh Juliah bt Leman ( Pengarah Pelajaran Melaka ), En Yusof b Ahmad ( Pegawai Pelajaran Daerah Jasin.
Tuesday, 20 September 2011
Monday, 19 September 2011
KENALI PENTADBIR SMK TUN SYED ZAHIRUDDIN
EN MAT JOHAN B JAHIS
PENGETUA
EN TUAH B TALIP
GPK 1
EN BUANG B BOYAK
GPK HEM
EN ABD AZIZ B ABD HAMID
GPK KOKURIKULUM
Thursday, 15 September 2011
ASAL USUL NAMA SMK TUN SYED ZAHIRUDDIN
Nama SMK Tun Syed Zahiruddin diambil sempena mengenang jasa Yang dipertua Negeri Melaka ke 4 iaitu Tun Syed Zahiruddin.
Siapa Tun Syed Zahiruddin?
LATAR BELAKANG
Tuan Yang Terutama Tun Syed Zahiruddin Bin Syed Hassan atau Y.A Bhg. Orang Kaya Seri Maharaja Tun Haji Syed Zahiruddin bin Syed Hassan telah dilahirkan pada 11 Oktober 1918 di Pondok Tanjung, Kerian, Perak. Beliau merupakan anak sulung daripada enam orang adik-beradik. Bapa beliau bernama Syed Hassan bin Syed Ibrahim, dan ibunya Raja Halimah bte Raja Abdullah. Bapanya berasal dari Sayung, Kuala Kangsar, Perak manakala ibunya dari Pondok Tanjung, Kerian, Perak.
PENDIDIKAN
Tun Syed Zahiruddin bin Syed Hassan telah menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Tapah Perak. Beliau menuntut di sana selama setahun iaitu pada tahun 1924 hingga tahun 1925. Kemudian beliau melanjutkan persekolahan di Sekolah Melayu Pondok Tanjung selama 4 tahun iaitu dari tahun 1925 sehingga tahun 1929 dan seterusnya ke Clifford School, Kuala Kangsar, Perak. Pada tahun 1930, beliau memasuki Maktab Melayu Kuala Kangsar sehingga lulus Senior Cambridge.
Kecemerlangan dan kepintaran beliau telah membolehkan beliau terpilih untuk meneruskan pengajian ke Raffles College, Singapura pada tahun 1938 sehingga tahun 1941, dan berjaya memperolehi Diploma Kesusasteraan. Ketika di sekolah, beliau merupakan seorang penuntut yang aktif dalam pelbagai bidang sukan seperti bola sepak, hoki, tenis dan kriket.
SUMBANGAN
Memang tidak dapat dinafikan lagi, Tun Syed Zahiruddin merupakan seorang tokoh pemimpin yang sangat berkaliber. Tidak hairanlah sebelum beliau dilantik menjadi Yang di-Pertua Negeri Melaka, beliau telah memegang beberapa jawatan penting di peringkat daerah, negeri dan negara. Berikut adalah beberapa jawatan yang pernah disandang oleh beliau:
1942 – 1943 : Timbalan Penolong Pegawai Daerah Gerik
1943 – 1946 : Timbalan Penolong Pengarah Daerah Kechil, Tanjung Malim
1946 – 1947 : Timbalan Penolong Pegawai Daerah,Cameron Highlands
1948 – 1951 : Timbalan Penolong Pegawai Daerah Kerian, Perak
1952 – 1953 : Penolong Pegawai Daerah, Lenggong,Perak
1953 – 1954 : Penolong Pegawai Daerah, Tanjung Malim, Perak
1954 – 1955 : Penolong Pegawai Daerah, Ipoh, Perak
1955 – 1957 : Penolong Setiausaha II, Kerajaan Negeri Perak
1957 – 1958 : Pegawai Daerah Tapah, Perak
1959 – 1960 :
- Timbalan Setiausaha, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Kuala Lumpur
- Ketua Penolong Setiausaha, Federal Establishment Office, Kuala Lumpur
1960 – 1961 : Pesuruhjaya Tanah dan Galian, Perak
1961 – 1962 : Setiausaha Kerajaan Negeri Perak
1963 – 1966 :Setiausaha Tetap, Kementerian Pertanian, Malaysia
1966 – 1970 : Setiausaha Tetap, Kementerian Pelajaran, Malaysia
1970 – 1972 : Ketua Pengarah, Jabatan Perkhidmatan Awam,Malaysia
1972 – 1973 : Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu
1 April 1974 : Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom
18 Mei 1975 : Duta Malaysia ke Repulik of Ireland
LAGU SEKOLAH
LAGU SEKOLAH
SMK TUN SYED ZAHIRUDDIN
Bersama kita berusha
Membina kecemerlangan
Memantapkan ilmu di dada
Menjadi insan terbilang
SMKTSZ sekolah pilihan
Berusaha tingkatkan pencapaian
Menjana transformasi gemilang
Menuju kejayaan
Pendidikan berkualiti
Berlandaskan satu Malaysia
Bersama cogankata dijulang
BERILMU BERWAWASAN CEMERLANG
BERILMU BERWAWASAN CEMERLANG
...SABARUDIN OMAR...
LENCANA SEKOLAH
Biru – melambangkan perpaduan murid SMTSZ yang berbilang bangsa bersatu padu serta berusaha dalam memajukan pembangunan sekolah berasaskan sains dan teknologi.
Kuning – mendokong dan menghormati lunas-lunas perlembagaan dan Falsafah Rukun Negara
Merah – lambang keberanian dan bersedia menghadapi segala rintangan dan cabaran dalam usaha meletakkan SMKTSZ sebagai sebuah sekolah yang berilmu, berwawasan dan cemerlang
Hijau – melambangkan kesuburan fizikal, dan mental serta sekolah ini berada dalam Negeri Melaka Berteknologi Hijau
Putih – melambangkan kesucian, keikhlasan dan kesungguhan bagi mempertingkatkan ketahanan murid yang beradab, berkebudayaan dan berkeperibadian Malaysia.
Bentuk gear dan geometri – melambangkan kepentingan sains dan teknologi dalam pendidikan seperti yang dihasratkan dalam Wawasan 2020 untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Maju
Gelungan rantai – sukan sebagai aktiviti dalam melahirkan murid yang sihat, cergas dan cerdas
Bentuk logo sekolah seperti plak – bermaksud sekolah sentiasa ingin berjaya dan cemerlang dalam apa jua bidang yang diceburi
Tun Syed Zahiruddin – nama Tuan Yang Terutama Melaka yang ke empat dan nama ini telah diambil sebagai nama sekolah bagi mengenang jasa beliau
Motto Sekolah – Berilmu, Berwawasan, Cemerlang
Kesemua simbol yang terdapat dalam lencana di atas menggambarkan hasrat dan cita-cita murni SMKTSZ untuk melahirkan pelajar yang berilmu dan cemerlang dalam semua bidang serta pelajar-pelajar yang mampu menghadapi cabaran dan mengisi wawasan diri, keluarga dan Negara.
Disediakan oleh : Pn Rugayah bt Sulaiman, berdasarkan kajian daripada makna-makna warna pada bendera dan lencana sekolah-sekolah.
Disediakan oleh : Pn Rugayah bt Sulaiman, berdasarkan kajian daripada makna-makna warna pada bendera dan lencana sekolah-sekolah.
VISI, MISI DAN MOTTO SEKOLAH
VISI
SMK TUN SYED ZAHIRUDDIN
KE ARAH SEKOLAH PILIHAN
KAWASAN MERLIMAU
MENJELANG TAHUN 2012
MISI
- Ø Memberi pendidikan berkualiti dan bersepadu serta menyeluruh bagi melahirkan insan cemerlang berlandaskan aspirasi 1 Malaysia
- Ø Melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
- Ø Untuk membina sahsiah pelajar yang terpuji melalui Pengurusan Disiplin yang cekap ke arah kemenjadian murid
- Ø Melakar nama sekolah melalui aktiviti kokurikulum bagi mencapai kecemerlangan melalui penyertaan bersungguh setiap orang murid
- Ø Penggunaan maksimum prasarana sekolah yang dibekalkan oleh setiap warga SMK Tun Syed Zahiruddin
- Ø Pentadbiran dan pengurusan sekolah yang cekap, mapan dan berkesan
- Ø Mewujudkan hubungan yang baik dengan agensi kerajaan yang terdapat di Merlimau dan komuniti sekitarnya
MOTTO
BERILMU, BERWAWASAN, CEMERLANG
Sejarah Pembukaan SMK Tun Syed Zahiruddin
SMK Tun Syed Zahiruddin merupakan sebuah sekolah menengah baru yang dibuka di Negeri Melaka pada tahun 2011. Ia terletak di Kg Ayer Tawar, Merlimau di dalam Daerah Jasin.
Penubuhan sekolah ini dibuat kerana kepadatan bilangan murid di sekolah-sekolah menengah berhampiran seperti SMK Datuk Abdul Rahman Yaakub dan SMK Dang Anum. Sekolah ini mula di bina pada tahun 2008 dengan kos pembinaan RM 28 juta dibawah RMK Ke 10 dan siap sepenuhnya pada 1 November 2010. Ia dibina di kawasan seluas 25 ekar dan luas kawasan untuk bangunan pendidikan dan kemudahan asas yang lain adalah 15 ekar.
Sekolah ini menawarkan pendidikan menengah daripada tingkatan 1 dan 5 dengan 30 buah bilik darjah. Selain itu ia mempunyai sebuah dewan tertutup, dewan terbuka, kemudahan padang permainan, kantin, bengkel kemahiran hidup, makmal sains, surau, pusat sumber, pusat ICT, bilik rawatan dan lain-lain kemudahan yang serba lengkap dan cukup.
SMK Tun Syed Zahiruddin memulakan sesi persekolahannya yang pertama pada 3 Januari 2011 dengan jumlah murid seramai 330 orang ( 91% Melayu, 8% Cina dan 1% India ) dan guru seramai 25 orang ( 10 guru lelaki dan 15 guru perempuan ) serta 3 staf sokongan. Pengetua yang pertama adalah En Mat Johan bin Jahis.
Kelas yang dibuka adalah sebanyak 11 buah bilik darjah yang terdiri daripada Tingkatan 1 ( 4 buah kelas ), Tingkatan 2 ( 4 buah kelas ) dan Tingkatan 4 ( 3 buah kelas ). Bagi membezakan kelas, nama permata telah di gunakan iatu Berlian, Delima, Mutiara, Nilam, Permata dan Zamrud. Sekolah ini juga menawarkan kelas Sains Tulin kepada murid tingkatan 4.
Subscribe to:
Posts (Atom)
PENAFIAN
PIHAK SEKOLAH adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Sumber-sumber maklumat yang diperoleh telah dinyatakan dari mana sumbernya.

















