Showing posts with label Laman BK. Show all posts
Showing posts with label Laman BK. Show all posts

Friday, 24 February 2017

PERSARAAN PENGETUA


Sedihnya setelah 6 tahun bersama pengetua Tn Hj Mat Johan b Jahis, akhirnya sampai juga masa itu.
Maka pada 9 Februari 2017 ( Khamis ) secara rasminya pengetua bersara daripada perkhidmatan sebagai guru....

Sambuatn persaraan pengetua pada 9 Februari adalah bersama tetamu jemputanyang terdiri daripada jpm, ppd, pengetua-pengetua sekolah menengah negeri melaka. feeder school dan masyarakat setempat..

Semoga Tn Hj Mat Johan diberikan kesihatan yang baik...terima kasih cikgu





Foto Rugayah Sulaiman.


Foto Rugayah Sulaiman.

Foto Rugayah Sulaiman.

Thursday, 19 July 2012

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK







SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN BUAT SEMUA WARGA SEKOLAH DAN SEMUA UMAT ISLAM DI SELURUH DUNIA

Wednesday, 6 June 2012

CUTI SEKOLAH SEMESTER 2 2012



Lamanya tak berblog...bukan tak nak tulis tapi no idea dan line pun tak berapa ok sejak 2 menjak ni. Banyak perkara dah berlaku dalam bulan Mei ni, tak tercakap rasanya...tak apa pendam aje....

Walaupun cuti, masih ke sekolah kerana banyak urusan sebab naik semolah ada beberapa program untuk dilaksanakan samada peringkat sekolah. 3 Jun hari tu pegi mesyuarat JPM untuk pengurusan akhir Program Pemantapan Disiplin Murid sebab sekolah jadi tuan rumah untuk daerah Jasin.

Minggu ni pegi sekolah lagi sebab nak uruskan segala surat menyurat dan fakskan kat jabatan, surat pertama untuk kem sihat tanpa dadah, pembimbing rakan sebaya dan pengawas. 

Dari semalam dengan Ain duk melukis mural untuk bilik kaunseling dan dalam minggu ni juga kami kemas semula bilik untuk pemurnian semula...Maka inilah hasilnya




Tuesday, 8 November 2011

ANUGERAH PERDANA PENGURUSAN BILIK BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI MELAKA



Setelah penilaian dibuat oleh penilai hampir selama 2 minggu, berikut adalah keputusan penuh Anugerah Pengurusan Bilik Kaunseling 2011, sempena Karnival Merekayasa Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Sekolah-sekolah Negeri Melaka 2011 :
Anugerah Perdana Kategori Sekolah Rendah:
1. SK Lereh
2. SK Kg. Tun Abdul Razak
3. SK Parit Melana
Anugerah Perdana Kategori Sekolah Menengah :
1. SMK Simpang Bekoh
2. SMK Tun Syed Zahiruddin
3. SMKA Sharifah Rodziah
Anugerah Harapan Kategori Sekolah Rendah :
1. SK Bukit Baru
2. SK Seri Duyong
3. SK Pantai Kundor
4. SK Tanjung Minyak
Anugerah Harapan Kategori Sekolah Menengah :
1. SMK Bukit Katil
2. SMK Datuk Abdul Rahman Yaakub
TAHNIAH & SYABAS kepada semua pemenang! Semoga anugerah ini bakal memartabatkan profesion guru bimbingan dan kaunseling di negeri Hang Tuah ini.

Thursday, 22 September 2011

JAWATAN KUASA UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING TAHUN 2011

Pengerusi
En Mat Johan b Jahis ( Pengetua )

Naib Pengerusi
En Buang b Boyak ( GPK HEM )
En Tuah b Talip ( GPK 1 )
En Abd Aziz b Abd Hamid ( GPK Kokurikulum )

Setiausaha
Pn Rugayah bt Sulaiman ( GC Bimbingan & Kaunseling )

Ahli Jawatankuasa
Pn Ruhizatul-Alua bt Jali  ( GKMP Kemanusiaan )
Pn Hjh Marina bt Md Saind ( GKMP Bahasa )
Pn Siti Zakiah bt Ramtan ( GKMP Matemtik & Sains )
Semua Penyelaras Tkn
Pn Mazurah bt Ishak ( Setiausaha Disiplin )
Pn Nurul Muna bt Mohd Yusof ( Ketua Panitia Pendidkan Islam )

VISI, MISI, FALSAFAH DAN PIAGAM PELANGGAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

VISI


Perkhidmatan bimbingan dan kausenling menjadi peneraju utama dalam mewujudkan suasana yang teraputik dan kondusif di sekolah menjelang tahun 2015


MISI


Untuk merealisasikan visi, kami akan memastikan misi tersebut berikut dilaksanakan dengan jayanya:-




  • Menguruskan program dan aktiviti kausneling dengan cekap dan berkesan
  • Melahirkan murid yang mempunyai kepitnara emosi ( EQ ) yang tinggi dan berakhlak mulia
  • Membimbing murid ke arah mencapai prestasi yang tinggi dalam akademik
  • Mewujudkan suasan pembelajaran yang memberangsangkan melalui program bimbingan dan kaunseling
  • Memberikan pendidikan kerjaya bersepadu kepada pelajar
  • Memupuk semangat patriotik dan kualiti kepimpinan di kalangan murid




FALSAFAH


Bahawasanya setiap murid mempunyai potesni yang boleh digembelingkan secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang cekap, berkesan dan beretika dengan berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan murid yang seimbang dalam aspek intelek, jasmani, emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh.


PIAGAM PELANGGAN



  • Menyediakan bilik kaunseling yang kondusif dan teraputik.

  • Menerima klien tanpa syarat dan prejudis.

  • Menjalankan sesi kaunseling dengan penuh etika dan profesionalisme.

  • Berusaha melindungi identiti klien berdasarkan Kod Etika Kerahsiaan tertakluk kepada persetujuan klien.

  • Menjalankan sesi kaunseling dalam tempoh masa 40 hingga 60 minit bagi setiap sesi individu atau kelompok.

  • Menepati temujanji bersama klien dengan memberi khidmat yang sesuai dalam tempoh 48 jam.

  • Memberi keutamaan dengan mengambil tindakan segera bagi klien yang memerlukan kaunseling krisis.

  • Berusaha merujuk klien kepada pihak tertentu dengan persetujuan klien atas dasar limitasi keupayaan Guru Kaunseling.

  • Memberi maklumat yang tepat dan terkini kepada klien dengan penuh jujur, ikhlas dan beretika.

  • Membangunkan potensi individu sebagai model insan yang mampu menyumbang kepada negara.

Tuesday, 20 September 2011

SEJARAH BILIK KAUNSELING

Beginilah mula-mula keadaan dan warna bilik kausneling semasa kedatangan saya kali pertama pada 17 Disember 2010. Sunyi, sepi dan kosong....menunggu pelukis untuk mewarna dan mencantikkannya...bertanya pada diri mampukah aku untuk membangunkan sebuah perkhidmatan di sekolah ini yang indah dan tersergam gagah.










Nak tengok wajahnya selepas 9 bulan kena tunggu dulu.....rahsia. Dah ada perubahan.

Monday, 19 September 2011

GURU BIMBINGAN & KAUNSELING SMK TUN SYED ZAHIRUDDIN


Nama
Pn Rugayah bt Sulaiman

Pendidikan
Diploma Sains ( ITM )
Bachelor Pendidikan Bimbingan & Kaunseling ( UPM )
Sarjana Pendidikan Sekolah Rendah ( UPSI )

Sejarah Perkhidmatan
SMK Simpang Renggam ( Julai 1999 - Mei 2000 )
SMK Simpang Bekoh ( Jun - Oktober 2000 )
SMK Tun Perak ( Oktober 2000 - Julai 2008 )
SMK Seri Mahkota ( Julai 2008 - Disember 2010 )
SMK Tun Syed Zahiruddin ( Januari 2011 - sekarang )

Anugerah
Guru Cemerlang Bimbingan & Kaunseling ( 2011 )
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ( 2005 )
Anugerah Perdana Pengurusan Bilik Bimbingan & Kaunseling ( 2011 )

Sumbangan
Jurulatih Utama Kerjaya Sekolah-sekolah Negeri Melaka ( 2010 )
Naib Pengerusi Majlis Guru Bimbingan & Kaunseling Sekolah-sekolah Daerah Jasin ( 2010 )
Setiausaha Majlis Guru Bimbingan & Kaunseling Sekolah-sekolah Negeri Melaka

Pencapaian
Anugerah Perdana Pengurusan Bilik Bimbingan & Kaunseling ( 2011 )
Guru Penasihat Blog UBK ( Johan Negeri - 2011 )
Guru Penasihat Folio Kerjaya (  Johan Negeri - 2011 )
Guru Penasihat Facebook UBK ( Tempat ke 3 - 2011 )
Guru Penasihat Media Maklumat ( Wakil Melaka ke Kebangsaan 2007 & 2008 & Johan Negeri  Melaka 2008 )
Guru Penasihat BolaBaling ( Johan Perempuan 18 Juara Sekolah2 Negeri Melaka 2005 )
Guru Penasihat Folio PPDa ( Naib Johan Negeri Melaka 2006 )

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMK TUN SYED ZAHIRUDDIN

Penubuhan Unit Bimbingan & Kaunseling SMK Tun Syed Zahiruddin seiring dengan pembukaan sekolah ini pada 3 Januari 2011. Program pertama yang telah dilaksanakan adalah Hari Pendaftaran Pelajar pada 28 Disember 2010. Diikuti dengan Minggu Silahtruhim dan Hari Haluan Tingkatan 4.

Tujuan UBK ditubuhkan adalah selaras dengan Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran (1979) yang menegaskan pentingnya perkhidmatan bimbingan dipertingkatkan di sekolah-sekolah seperti dinyatkan dalam Perakuan 79.

 ' Adalah diperakukan Perkhidmatan Panduan Pelajaran dan kerjaya di sekolah hendaklah dilaksanakan dengan sepenuhnya. Perkhidmatan ini hendaklah menitikberatkan kegiatan-kegiatan bimbingan dan tidak semata-mata kegiatan panduan kerjaya sahaja '.

Dengan Perakuan 79 ini secara tidak langsung setiap sebuah sekolah baru yang dibina akan menyediakan sebuah bilik khas untuk memberikan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kepada murid-murid sekolah tersebut.

Selaras dengan visi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling iaitu 'Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling menjadi peneraju utama dalam mewujudkan suasana yang teraputik dan kondusif di sekolah menjelang tahun 2011 ' menjadi visi kepada Unit Bimbingan & Kaunseling SMK Tun Syed Zahiruddin untuk menjadi peneraju utama  di sekolah ini khususnya.

Bagi merealisasikan visi ini, misi utama UBK adalah melahirkan modal insan yang BERILMU, BERWAWASAN DAN CEMERLANG selaraskan dengan moto sekolah 'BERILMU, BERWAWASAN, CEMERLANG'.

Sehingga kini iaitu 9 bulan ia diwujudkan perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling adalah menyeluruh dan hampir semua murid di sekolah ini telah mendapat perkhidmatan yang disediakan samada secara individu, berkelompok dan kelompok besar. Bimbingan kelompok besar untuk satu sekolah di beri pada setiap hari Selasa, Rabu dan Khamis sahaja di mana GBK akan memberikan bimbingan, panduan dan motivasi berdasarkan bidang dan tanggungjawab yang telah ditetapkan oleh KPM dan juga berkaitan dengan isu-isu semasa.

Guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah ini adalah Pn Rugayah bt Sulaiman.


Bidang tugas dan tanggungjawab UBK SMK Tun Syed Zahiruddin :-

  • Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling
  • Akademik
  • Kerjaya
  • Psikososial & Kesejahteraan Mental
  • Keibubapaan
  • Pembangunan Diri
  • Pendidikan Pencegahan Dadah/Rokok/Inhalan dan HIV/AIDS
  • Pengurusan & Pentadbiran
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

PIHAK SEKOLAH adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Sumber-sumber maklumat yang diperoleh telah dinyatakan dari mana sumbernya.