Monday 2 January 2017

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PT3

Terima kasih kepada pengacara majlis

Yang berusaha Tn Hj Mat Johan b Jahis, Pengetua SMK Tun Syed Zahiruddin, En Buang b Boyak – GPK Pentadbiran, En Abd Aziz b Abd Hamod – GPK HEM, Tn Hj Oon b Jaafar – GPK Kokurikulum, Ketua-ketua Jabatan, Guru-guru Cemerlang, Guru Bimbingan & Kaunseling, guru-guru dan anak-anak didik SMK Tun Syed Zahiruddin yang dikasihi.

Mencari timba si anak dara
Dibawah sarang burung tempua
Sembah salam pembuka bicara
Selamat datang dan kembali ke sekolah untuk semua

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana berpeluang ke sekolah pada hari ini dan saya mengucapkan selamat datang ke sekolah…DATANG DENGAN HARAPAN, PULANG DENGAN KEJAYAAN

Tahniah pada mereka yang hadir ke sekolah dengan azam dan semangat yang baru…Semoga tahun 2017 menjanjikan kejayaan buat anda semua dengan bimbingan daripada barisan guru-guru cemerlang di sekolah ini.

Seperti yang kita sedia maklum bahawa pada 19 Disember 2016, keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 telah diumumkan. Bagi yang berjaya, Tahniah di ucapkan…semoga terus berjaya, manakala yang gagal…tidak bererti perjalanan anda terhenti…bangun dan terus berlari mengejar masa depan serta baiki kelemahan diri…HENDAK SERIBU DAYA, TAK NAK SERIBU ALASAN…

Hadirin yang dihormati, majlis diteruskan dengan menjemput En Buang b Boyak, GPK Pentadbiran mengiringi  Tn Hj Mat Johan b Jahis, Pengetua SMK Tun Syed Zahiruddin untuk menyampaikan Hadiah Kecemerlangan kepada pelajar yang berjaya mendapat pencapaian cemerlang dalam PT3 2016. Dipersilakan

Hadiah Kecemerlangan PT3 diberi kepada pelajar yang mendapat 5A, 6A dan 7A dengan lulus semua matapelajaran. Pelajar tersebut adalah :-

Bil
Nama
GRED
1
NUR ATEQAH BINTI JASMI
7A 3B
2
SITI NUR ANIS DIYANA BTE ABU BAKAR
6A 1B 2D 1E
3
NORWARDINA BINTI ISMAIL
6A 1B 1C 2D
4
NUR SUHAIDA BINTI SHAFIE
6A 1B 1C 2D
5
MUHAMMAD NOOR SULAIMAN BIN MOHD.FUAD
5A 3B 1C 1D
6
NURUL HAFIZAH BINTI MAZLAN
5A 1B 3C 1D
7
AMIRUL IJYAD BIN IZAIDIN
5A 1B1C 1D 2E

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tn Pengetua.  Tahniah kepada pelajar yang menerima hadaiah ini dan diharapkan ia menjadi pemangkin kepada pelajar yang lain terutama kepada calon PT3 dan SPM 2017. Renungilah kata-kata cendikawan ini :-

Gantungkan azam dan semangat  setinggi bintang di langit, namun rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.. dan rahsia cemerlang belajar adalah mendengar..

Sekian, terima. Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

PIHAK SEKOLAH adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Sumber-sumber maklumat yang diperoleh telah dinyatakan dari mana sumbernya.