Monday 2 January 2017

HARI PENDAFTARAN TINGKATAN 1 TAHUN 2017

Pendahuluan

Hari Pendaftaran merupakan satu hari di mana pelajar dan ibubapa menguruskan persekolahan anak-anak mereka lebih awal daripada persekolahan yang sebenar. Selain daripada itu, ia merupakan satu titik permulaan kepada pelajar baru khususnya pelajar tingkatan satu yang memulakan pendidikan menengah mereka. Apatah lagi jika pelajar itu merupakan anak sulung atau anak pertama yang pertama kali menjejakkkan kaki ke sekolah menengah.

Matlamat

Memudahkan pengurusan pembayaran yuran dan penyediaan keperluan sebagai pelajar yang memulakan sesi persekolahan baru.

Objektif

  • ·         Memudahkan pengurusan persekolahan.
  • ·         Meraikan warga baru sekolah
  • ·         Penempatan tingkatan satu


Tempoh Pelaksanaan

Tarikh :            30 Disember 2016 ( Jumaat )
Masa :             8.30 pg – 12.00 tgh
Tempat:           Dewan Tun Syed Zahiruddin 

Aturcara Majlis

8.30 pg      Kehadiran dan pendaftaran Ibubapa/Penjaga Pelajar
9.00 pg      Ucapan Alu-aluan daripada Pengacara Majlis                                                                                                    Bacaan Doa
                   Ucapan Pengetua SMK Tun Syed Zahiruddin, Tn Hj  Mat Johan b Jahis
9.30 pg      Pendaftaran
                   Pembelian alat tulis/alatan di Koperasi Sekolah
12.00 tgh  Bersurai

Sasaran

Murid Tingkatan 1 - 93 orang telah mendaftar

Catatan Perlaksanaan Program
  • Majlis berjalan dengan lancar
  • Semua AJK menjalankan tugas dengan penuh komitmen



Bacaan Doa oleh Ustaz Ariffin b Adam



Tn Hj Johan b Mat Jahis ( pengetua ) memberikan ucapan


Pengawas dan Pembimbing Rakan Sebaya yang membantu


Pendaftaran dan bayaran buku di dewan terbuka






Majlis di tangguhkan jam 12.00 tgh


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

PIHAK SEKOLAH adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Sumber-sumber maklumat yang diperoleh telah dinyatakan dari mana sumbernya.