Sunday 7 April 2013

KURSUS PRS BERSAMA PEERS UiTM, SMKA SHARIFAH RODZIAH DAN SMK TUN SYED ZAHIRUDDIN

Pada 6 April telah berlangsung Kursus PRS anjuran bersama PEERS UiTM Kampus Bandaraya Melaka, SMKA Sharifah Rodziah dan SMKTun Syed Zahiruddin. Terima kasih kepada En Mohd Bakri dan En Mohd Bastiyan yang memberi peluang kepada PRS kami ke UiTM Kampus Bandaraya Melaka. Terima kasih juga kepada kedua-dua pegnetua sekolah yang terlibat jika tanpa ekbenaran mereka program ni mungkin tidak menjadi kenyataan.
Alhamdulillah program berjalan dengan lancar berkat kerjasama dan permuafakan antara kami bertiga terutama Sdr Mohd Azrul yang sentiasa menghubungi kami daripada semasa. Perhubungan hanya melalui telefon sahaja tanpa mengenali rupa..
Kursus PRS telah dikendalkan sepenuhnya oleh PEERS daripada UiTM. Antara aktiviti adalah ceramah motivasi daripada En Mohd Fuad ( Pensyarah UiTM ) dan Latihan Dalam Kumpulan.
Program bermula daripada jam 8.00 pg - 5.00 ptg....biarpun kelewatan tapi rasa-rasanya anak2 PRS yang terlibat gembira. Semoga program ini menjadikan anak PRS lebih bersikap terbuka dan melihat kehidupan dengan lebih gembira lagi...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

PIHAK SEKOLAH adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Sumber-sumber maklumat yang diperoleh telah dinyatakan dari mana sumbernya.