Thursday 28 February 2013

UJIAN PSIKOMETRIK

Alhamdulillah, Ujian Psikomterik telah berjaya dilaksanakan pekada murid tingkatan 1 dan 2...yang bestnya kedatangan 99% bagi tingkatan 1 dan 2 iaitu hanya seorang sahaja yang tidak hadir.

Sebelum bercerita panjang ucapan penghargaan kepada pengetua dan semua pendidik yang memberikan kerjasama yang diberikan sehingga ianya berjaya dilaksanakan tanpa sebarang kekangan.

Psikometrik adalah mengukur dimensi yang berkaitan dengan kebolehan mental atau personaliti. Ia terbahagi kepada ujian :-
  • Inventori Minat Kerjaya
  • Inventori Personaliti


Konsep
Instrumen pentaksiran yang direkabentuk untuk mendapatkan maklumat kuantitatif tentang atribut-atribut (kapasiti atau keupayaan untuk bertindak balas, menstruktur atau menyusun pemikiran atau tingkah laku dalam suatu cara tertentu) psikologi yang terdapat dalam diri seseorang 

Ujian Psikometrik dijenamakan semula oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Jadual Ujian Psikometrik


Ujian Psikometrik telah ditadbir di Perpustakaan bukan di dalam kelas seperti perncangan asal...nak bagi anak2 selesa. Sepanjang menjalankan ujian tiada sebarang masalah cuma masalah akan timbul apabila ada anak murid yang tidak boleh membaca terutama berbangsa Cina dan India...so terpaksa membacakannya dan menerangkan padanya.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

PIHAK SEKOLAH adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Sumber-sumber maklumat yang diperoleh telah dinyatakan dari mana sumbernya.