SELAMAT TAHUN BARU 2013
2012 akan meninggalkan kita dalam 2 1/2 jam lagi ( masa ni 10.25 mlm ). Sekarang ni kat luar dok sibuk menanti detik 12.00 mlm. Dalam masa yang tinggal ni mari kita sama fikirkan hala tuju dan masa depan kita pada tahun 2013. 2012 kita tinggalkan kerana 2013 adalah masa depan kita...kita tak boleh lari.
Bila bermulanya 2013, bermakna persekolahan baru akan dibuka dan ini bermakna kita akan melangkah ke tingkatan yang lebih tinggi. Bagi murid tingkatan 2 tahun 2012, pastinya tahun 2013 merupakan tahun yang sangat mencabar kerana tahun peperiksaan begitu juga dengan mereka yang berada di tingkatan 4. Tahun 2013 merupakan tahun terakhir di sekolah dan penuh cabaran kerana perlu mengambil peperiksaan SPM dihujung tahun nanti...tahun penentu kepada masa depan yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang terpulang pada kita untuk mencorakkannya.
Semoga tahun 2013 membuka lembaran baru dan mencipta sejarah kepada kita semua. SELAMAT TAHUN BARU
No comments:
Post a Comment