Friday 5 October 2012

TEKS UCAPAN MAJLIS MOHON RESTU



Disampaikan oleh Mohd Aided, 3 Berlian dan penulisnya adalah saya....

Terima kasih kepada Cikgu Samad
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatu dan salam sejahtera
Yang berusaha Tn Pengetua SMK Tun Syed Zahiruddin, En Mat Johan b Jahis, Tn Hj Tuah b Talip, GPK 1, En Buang b Boyak, GPK HEM, Guru-guru dan rakan-rakan seperjuangan yang saya sayangi.
Bersyukur kita, ke hadrat Allah swt kerana dengan kurniaNya kita sama-sama dapat berkumpul di majlis yang penuh rahmat ini. Semoga majlis ini menjadi penyemarak jiwa kita bersama dalam menghadapi PMR yang tinggal 3 hari lagi.
Saya Mohd Aide dati tingkatan 3 Berlian, mewakili rakan-rakan seperjuangan mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang begitu sabar mengajar dan mendidik kami selama 2 tahun ini. Budi yang guru berikan tidak terbalas oleh kami. TERIMA KASIH CIKGU

Letih berjalan di tengah pekan
Singgah sebentar di gerai siti
Terima kasih kami ucapkan
Atas segala jasa dan bakti

Guru-guru dan rakan-rakan,
Dikesempatan ini , saya dan rakan-rakan  memohon ampun dan maaf seandainya ada kata-kata atau perbuatan kami yang mengguris perasaan guru-guru samada secara sedar atau tidak sedar. Kami memohon agar guru-guru menghalalkan segala ilmu yang dicurahkan dan sudilah kiranya memaafkan kami. Sesungguhnya yang baik datang dari Allah dan yang kurang baik adalah datang dari kami sendiri.

Insyallah, dengan iringan doa guru-guru kami berjanji dan sehabis daya akan berjuang dalam medan peperiksaan sehingga titisan darah yang terakhir demi memastikan kejayaan menjadi milik kami.

Saya akhiri ucapan saya dengan serangkap pantun,

Terima kasih kami ucapkan
Kerana guru selalu membantu
Jasa dan bakti jadi taruhan
Akan dikenang setiap waktu

Sekian dan terima kasih. Assalamualaikum wbt

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

PIHAK SEKOLAH adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Sumber-sumber maklumat yang diperoleh telah dinyatakan dari mana sumbernya.