Pendahuluan
Usaha melahirkan modal insan yang cemerlang mestilah dilakukan secara menyeluruh dan berterusan. Hakikat bahawa pencapaian akademik yang cemerlang sebagai asas kehidupan yang sempurna tidak dinafikan. Namun demikian, kejayaan cemerlang dalam bidang akademik tidak menjadi bermakna jika tidak disokong dengan kecemerlangan dalam aspek lain terutama dari segi rohani, jasmani dan emosi. Oleh itu, program ini diharap dapat memantapkan lagi murid dalam aspek berkaitan selain sebagai persediaan yang lebih mantap ke arah pembelajaran di peringkat menengah atas.
Melalui program ini juga diharapkan memberikan pengetahuan baru, kemahiran baru serta cetusan idea yang dapat membantu melahirkan murid yang berwawsan serta mempunyai kreativiti yang tinggi.
Matlamat
Melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara serta mempunyai pelbagai kemahiran dalam semua aspek
Objektif
· Membantu murid memilih pakej tingkatan 4 yang sesuai dengan minat dan personaliti diri serta dapat memenuhi keperluan pasaran kerjaya
· Melahirkan murid yang benar-benar bersedia dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.
· Memberikan pendedahan kepada murid tentang peluang-peluang pendidikan selepas PMR dan SPM
Sasaran
· Semua calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun 2012
No comments:
Post a Comment