Friday 27 January 2012

SISTEM MAKLUMAT MURID


Hari ini 27 Januari 2012 ( Jumaat ) serahkan SMM kat Cikgu Buang, selain itu kerja ini juga dibantu oleh seorang Guru Intream Kaunseling Cik Nurul Ain. Walau bagaimanapun SMM tu tak dapat penuh sebab ada murid yang tak hantar. Sebelum cuti hari-hari pegi kat Tkn 1 nak pungut SMM masih tak cukup.

Pengalaman memasukkan data murid ke dalam SMM sebenarnya sangat membantu sebagai Guru Kaunseling kerana kita dapat mengenali anak-anak murid kita....memang terasa penat sikit sebab terpaksa mengadap komputer tapi itu bukan satu beban. Dah bertahun buat keja ni dari Tun Perak, Seri Mahkota dan kini diberi jawatan Penyelaras SMM kat Tun Syed Zahiruddin, alhamdulillah tak ada masalah. Keja ni penat awal tahun aje....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

PIHAK SEKOLAH adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Sumber-sumber maklumat yang diperoleh telah dinyatakan dari mana sumbernya.