Saturday 28 January 2012

HADIAH ANUGERAH PERDANA BILIK BIMBINGAN & KAUNSELING



Terima kasih kepada Jabatan Pelajaran Melaka yang memberikan wang sebanyak RM 600 kepada pemengan Johan Anugerah Perdana Pengurusan Bilik Kaunseling.....tak lupa kepada En Mohd Zulhijrie ( Penolong Pengarah Sub Unit Kaunseling ). Memandangkan duit tu perlu dihabiskan dalam tahun semasa, maka duit tu dijadikan dalam bentuk benda yang boleh diingat sepanjang masa. Bangga meletakkan nama SMK Tun Syed Zahiruddin bersama-sama sekolah-sekolah yang lain. Walau pun kami sekolah baru, tapi dengan berkat usaha semua pihak maka ia menjadi kenyataan. Terasa pada mulanya kami kerdil daripada yang lain tapi alhamdulillah anak2 murid di bawah bimbingan saya berjaya mendapat tempat. Siapalah kami.........Terima kasih kepada Pengetua ( En Mat Johan ) dan semua pentadbir  serta rakan2 guru yang banyak membantu dan menyokongnya. Tak lupa kepada semua anak2 murid tersayang Aswad, Ezahtul, Faradila, Farhan, Syuhada, Syuhana, Sabrina, Syamimi, Nabilah dan semua yang lain membantu Unit Bimbingan dan Kaunseling mencapai kejayaan ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

PIHAK SEKOLAH adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Sumber-sumber maklumat yang diperoleh telah dinyatakan dari mana sumbernya.