Sunday 8 January 2012

MAHIRAH BT MOHD YASSIN


Pada 3 Januari 2012 ( Selasa ) jam 12.00 tgh, seoerang pelajar Mahirah bt Mohd Yassin telah mengalami kecederaan di perpustakaan. Beliau dengan tidak sengaja telah ditimpa dengan cermin daripada papan kenyataan semasa sedang menampal bahan-bahan untuk paparan di papan kenyataan Pusat Sumber.

Beliau telah mengalami pendarahan yang banyak dan terpaksa di hantar ke Klinik Merlimau, mujur pada ketika itu sebuah kenderaan kesihatan dari Klinik Kesihatan Merlimau datang ke sekolah kerana menghantar jadual pergigian. Walau bagaimanapun beliau terpaksa di bawa ke Hospital Melaka kerana kecederaan dan mengalami pendarahan yang sangat serius. Pihak sekolah telah menghubungi keluarganya.

Pada hari itu juga beliau telah di bedah untuk memberhentikan pendarahannya. Alhamdulillah beliau selamat. Cikgu Anida dan saya berada di hospital dan pengetua dan gpk koku telah datang melawat untuk emngetahui perkembangannya.

Gambar ini di ambil dengan izin ibu Mahirah
Pada 4 Januari 2012, saya sekali telah melawat beliau untuk menyampaikan derma daripada pihak sekolah di Blok A 4, katil 16....walau bagaimanapun beliau masih dalam keadaan tidak sedar kerana di beri ubat penahan sakit. 

Doa kami semoga Mahirah cepat sembuh dan kembali ke sekolah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

PIHAK SEKOLAH adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Sumber-sumber maklumat yang diperoleh telah dinyatakan dari mana sumbernya.