Saturday, 14 January 2012

ALFATIHAH BUAT BONDA TERCINTA


Rasanya hampir seminggu blog ni tak bertulis....apa yang ditulis ini sekadar kenangan  buat bonda Fatimah bt Dol. Akhirnya mak pergi tanpa sepatah kata pada 10 Januari 2012 ( Selasa ) jam 2.15 pg di katil 6 Aras 2-3, Hospital Besar Melaka setelah selama 27 hari menjadi penghuni di sana dan sejak dari tarikh 16 Disember 2011, saya bersama adik-adik yang lain sentiasa mengunjunginya. Itu sahaja yang mampu kami buat dengan  harapan mak sembuh tapi malangnya hingga saat akhir setelah beliau di komakan pada 17 Disember 2011, beliau tidak bangun dan terus pergi buat selama-lamanya. Tiada sepatah kata pun keluar dari mulutnya. 

Wad pertama yang beliau huni adalah wad 2 - 3, 2 minggu di Wad CCU dan 2 Januari 2012 di ICU dan pada 5 Januari di Wad 2 -3. mak terpaksa di hantar ke hospital kerana mengalami demam setelah pergi mengambil darah di klinik Umbai pada 14 Disember 2011 dan pada 16 Disember 2011 jam 8.00 mlm, saya bersama adik Udin membawa beliau ke Jabatan Kecemasan kerana mengalami hipo. Jam 2.00 pg barulah beliau di hantar ke Wad 2 -3. 

Tarikh 16 Disember 2011 adalah tarikh kelahiran saya dan tarikh itu juga mak sakit kuat dan terpaksa di hantar ke Hospital Melaka. Hospital Melaka adalah tempat saya dilahirkan dan ia juga tempat mak saya pergi buat selama-lamanya. Tarikh ini merupakan tarikh mak keluar dari rumah dan pergi tak kembali......hanya singgah sebentar pada 10 Januari 2012 sebelum di bawa ke tempat menuju yang Maha Esa, kekal abadi semalamnya dan tidak jauh dari tempat persemadian abah 22 tahun yang lalu.

Sepanjang mak di sana satu pembedahan trakea dibuat untuk membantu pernafasan tapi mak tetap tidak menunjukkan tanda-tanda untuk sembuh dan sedar. Keadaan mak sangat menyedihkan cucuk sana cucuk sini...,tak mampu untuk melihatnya. Hinggakan doktor yang merawatnya mengatakan tiada harapan kerana mak telah diserang kuman sehingga menimbulkan berbagai penyakit yang lain. Kami hanya mampu berdoa dan berserah semoga mak sembuh.

Sehingga lawatan pada 9 Januari 2012, doktor menyatakan badan mak tidak boleh dibuat pembedahan untuk dialisis kerana sistem badan yang sangat lemah...air yang dimasukkan 1500 ml hanya keluar 300ml...sistem perkumuhan menjadi lemah. 

Jam 11.30 mlm mendapat call dari hospital kerana tekanan darah mak rendah, saya bersama suami dan mak cik bergegas ke hospital. sampai aje di sana, jururawat mengatakan mak dah stabil. Lega tengok mak ok dan mata mak terbuka ketika itu, sebelum balik tutup matanya tanpa ada syak dan sempat bercakap " mak, nak balik...esok datang lagi ". Setelah tengok tekanan darah dan jantungnya ok dan juga pesakit yang lain, saya terus balik.

Sampai di rumah dapat satu panggilan lagi lebih kurang jam 1.36 pg mengatakan tekanan jantung mak rendah. Tanpa membuang masa saya, suami dan mak cik terus bergegas ke hospital tapi kami terlewat kerana sampai sahaja denyutan jantung dan darah mak di skrin telah menjadi lurus dan keluar tanda '?'.  Doktor mengesahkan mak telah pergi buat selama-lamanya dan tiada kata yang dapat diluahkan hanya airmata sahaja.....Sebagaimana saya dan Udin yang membawa mak ke hospital, perkara yang sama berulang kembali kami sama-sama mengiring jenazah mak pulang ke rumah untuk penghormatan terakhir bersama-sama adik-adik yang lain.

Labih kurang jam 12.30 tgh mak selamat di semadikan di Tanah Perkuburan Kampung Pulai untuk selama-lamanya....mak pergi meninggalkan kami 6 beradik dan 17 orang cucu. Hari-hari yang mendatang kian sepi dan hanya kasih mak mengiringi kami semua....semoga mak tenang di sana dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. AL FATIHAH...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

PIHAK SEKOLAH adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Sumber-sumber maklumat yang diperoleh telah dinyatakan dari mana sumbernya.