Tuesday 11 October 2011

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2011

Mulai 12 Oktober akan bermula peperiksaan akhir tahun bagi tingkatan 4. Minggu ini lebih difokaskan kepada kepentingan peperiksaan kepada murid. Matlamat ialah supaya murid lebih bersedia dan tambahan lagi SMK Tun Syed Zahiruddin akan mengambil PMR dan SPM pada tahun depan. Ia juga bertujuan meningkatkan motivasi diri dan keyakinan murid untuk mencapai kejayaan dalam peperiksaan. 

Pengetua sendiri turun padang menyiapkan dewan peperiksaan. Murid tingkatan 2 akan menduduki peperiksaan di Dewan Tun Syed Zahiruddin. UBK turut membantu pengetua dan telah menyiapkan plan meja. Murid-murid boleh duduk dalam dewan peperiksaan mengikut warna tag meja. SELAMAT BERJAYA DAN TUN SYED ZAHIRUDDIN BOLEH. 


Tag kuning - 2 Berlian
Tag merah - 2 Delima
Tag merah jambu - 2 Mutiara
Tag oren - 2 Nilam






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

PIHAK SEKOLAH adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Sumber-sumber maklumat yang diperoleh telah dinyatakan dari mana sumbernya.