Friday, 14 October 2011

MOTIVASI DIRI MENJELANG PEPERIKSAAN

Motivasi adalah amat diperlukan ketika menjelangnya peperiksaan. Ini kerana, menjelang peperiksaan, bermacam perasaan akan bermain di dalam diri anda. Kadang-kadang anda rasa berdebar, kadang-kadang pula anda rasa gembira kerana penantian anda selama ini akan berakhir. Walau apa pun yang anda rasakan, anda perlu sentiasa menaikkan tahap motivasi anda untuk menghadapi peperiksaan
Ada sahabat saya seorang guru yang bergurau dengan saya dengan mengatakan, “Pelajar yang pergi kursus motivasi ni, masa dalam kursus, semangat mereka panas membara. Mereka berkobar-kobar hendak belajar dengan lebih tekun dan mahu mencapai kejayaan yang selama ini nampak mustahil. Pendek kata, memang panaslah….Tetapi, habis sahaja kursus, dalam perjalanan balik ke rumah, bila dah kena angin yang bertiup, terus je diorang sejuk. belum sampai ke rumah lagi pun dah sejuk. Habis, macam nak bersemangat untuk berusaha?”Saya tergelak mendengar celoteh sahabat saya ini. Bila difikirkan, ada betulnya. Kursus motivasi boleh menaikkan semangat pelajar dengan cepat�tetapi selalunya cepat pula semangat mereka turun semula. Saya terfikir, mengapa ini terjadi?
osman affan
Ada banyak sebab mengapa ini terjadi. Tetapi satu sebab yang saya nampak dengan jelas ialah, kursus motivasi sebenarnya bukan sahaja cuba menaikkan semangat pelajar ketika kursus dijalankan, ia juga selalunya membekalkan teknik-teknik yang patut diamalkan agar pelajar sentiasa bersemangat untuk berusaha. Teknik-teknik ini selalunya dikenali sebagai teknik untuk memotivasikan diri sendiri.Mungkin pelajar terlupa akan kepentingan teknik ini. Mungkin juga pelajar gagal mendisiplinkan diri untuk mencuba teknik-teknik tersebut. yang pastinya, motivasi bukan sahaja datang daripada luaran tetapi yang lebih penting ialah yang datang dari dalam diri pelajar itu sendiri. Minggu ini saya akan sentuh beberapa teknik untuk membuat anda faham bagaimana caranya meningkatkan tahap Motivasi.

Dipetik daripada : http://www.motivasibelajar.com/motivasi/motivasi-diri-menjelang-peperiksaan-2.html

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

PIHAK SEKOLAH adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Sumber-sumber maklumat yang diperoleh telah dinyatakan dari mana sumbernya.