Thursday 22 September 2011

VISI, MISI, FALSAFAH DAN PIAGAM PELANGGAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

VISI


Perkhidmatan bimbingan dan kausenling menjadi peneraju utama dalam mewujudkan suasana yang teraputik dan kondusif di sekolah menjelang tahun 2015


MISI


Untuk merealisasikan visi, kami akan memastikan misi tersebut berikut dilaksanakan dengan jayanya:-




  • Menguruskan program dan aktiviti kausneling dengan cekap dan berkesan
  • Melahirkan murid yang mempunyai kepitnara emosi ( EQ ) yang tinggi dan berakhlak mulia
  • Membimbing murid ke arah mencapai prestasi yang tinggi dalam akademik
  • Mewujudkan suasan pembelajaran yang memberangsangkan melalui program bimbingan dan kaunseling
  • Memberikan pendidikan kerjaya bersepadu kepada pelajar
  • Memupuk semangat patriotik dan kualiti kepimpinan di kalangan murid




FALSAFAH


Bahawasanya setiap murid mempunyai potesni yang boleh digembelingkan secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang cekap, berkesan dan beretika dengan berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan murid yang seimbang dalam aspek intelek, jasmani, emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh.


PIAGAM PELANGGAN



  • Menyediakan bilik kaunseling yang kondusif dan teraputik.

  • Menerima klien tanpa syarat dan prejudis.

  • Menjalankan sesi kaunseling dengan penuh etika dan profesionalisme.

  • Berusaha melindungi identiti klien berdasarkan Kod Etika Kerahsiaan tertakluk kepada persetujuan klien.

  • Menjalankan sesi kaunseling dalam tempoh masa 40 hingga 60 minit bagi setiap sesi individu atau kelompok.

  • Menepati temujanji bersama klien dengan memberi khidmat yang sesuai dalam tempoh 48 jam.

  • Memberi keutamaan dengan mengambil tindakan segera bagi klien yang memerlukan kaunseling krisis.

  • Berusaha merujuk klien kepada pihak tertentu dengan persetujuan klien atas dasar limitasi keupayaan Guru Kaunseling.

  • Memberi maklumat yang tepat dan terkini kepada klien dengan penuh jujur, ikhlas dan beretika.

  • Membangunkan potensi individu sebagai model insan yang mampu menyumbang kepada negara.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

PIHAK SEKOLAH adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Sumber-sumber maklumat yang diperoleh telah dinyatakan dari mana sumbernya.