Sunday 25 September 2011

TIPS MENANGANI ORANG YANG SUKA EJEK KITA DAN SAKIT


Kat sekolah kita selalu dengar masalah murid yang sering diejek oleh rakan-rakan mereka samada dalam bentuk lisan dgn kata2 nista. Mungkin sekali masih lagi boleh diterima tetapi kalau banyak kali rasanya boleh bergaduh.....betulkannn...sakit hati dan segala-galanya sakit menahan rasa marah. Bila orang ejek kita rasanya nak menjawab tapi lagi dijawab makin menjadi2 akhirnya akan naik tangan dan kalau perempuan rasanya bertarik2 rambut dan terbukalah tudung ( kalau pakai tudung ).

Bagaimana nak mengatasi masalah ni?

Kata ustaz orang kata kita diam...sebab boleh dapat pahala. selemah-lemah iman mencegah dalam hati...tapi biasanya anak2 murid kata cikgu mana boleh sakit tau...dah tak boleh tahan, geram dan macam2 perasaan lagi.

Satu tips atau cara yang saya pelajari bagi menagani masalah ini atau ketika kita mendapat sakit ialah menyebut alhamdulillah pada apa yang orang lempar atau ejek kita. ilmu ni saya dapat dari Sifu saya Ahmad Faiz Zainuddin. Kata sifu saya kalau kita rasa sakit, sebutlah " Ya Allah, aku ikhlas dan pasrah menerima kesakitan ini" dan gosoklah di dada kalau kita rasa sakit hati atau di tempat yang kita rasa sakit. Biasanya kalau kita rasa sakit kita akan mengeluh..sakit dan benci, apa kata kita terima rasa sakit ini.

Kalau rakan anda mengejek anda, jangan jawab dengan kata2 yang tak elok juga...jawab yang baik iaitu " Alhamdulillah,  Terima kasih dan semoga Allah memberkatimu". Lepas tu tinggalkan dia...jangan tunggu lagi. semoga dia mendapat petunjuk dari Allah swt.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

PIHAK SEKOLAH adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Sumber-sumber maklumat yang diperoleh telah dinyatakan dari mana sumbernya.