Sunday 25 September 2011

HALA TUJU SELEPAS SPM

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) merupakan satu peperiksaan yang sangat penting bagi seorang murid. Ia merupakan pengukuran kepada kejayaan seorang insan dan permulaan langkah menuju ke masa depan. Dengan SPM mana nak pegi? Peluang banyak cuma tepuk dada tanya selera...nak belajar ke atau nak keja? Kalau keja dengan SPM gaji rendah sikit...kena sambung belajarlah? Mana nak pegi ni? Berdasarkan pengalaman saya dengan SPM ni kita boleh pegi:-


  • Kolej Matrikulasi ( bagi aliran Sains dan kemanusiaan dengan syarat mengambil kertas Matematik Tambahan pada peringkat SPM, beli no pin di Bank Simpanan Nasional dan boleh memohon melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia )
  • Institusi Pengajian Tinggi Awam ( kursus diploma dan kursus persediaan seperti Tamhidi dan Asasi , beli no pin di Bank Simpanan Nasional dan memohon dilaman web Kementerian Pengajian Tinggi )
  • Institut Pendidikan Guru ( beli no pin di BSN dan boleh mohon di laman web Kementerian Pelajaran Malaysia )
  • Kementerian Kesihatan Malaysia ( bagi kursus separa perubatan, mohon melalui laman web www. spa.gov.my )
  • Institut Pengajian Tinggi Swasta ( bagi kursus diploma dan persediaan, bagi mendapatkan kepastian sila dapatkan maklumat di Majlis Akreditasi Negara )
  • Politeknik ( kursus diploma, untuk bulan Julai sila gunakan laman web yang sama iaitu laman web Kementerian Pengajian Tinggi )
  • Kolej Komuniti, Institut Kemahiran Belia ( kursus peringkat sijil, untuk bulan Julai sila gunakan laman web yang sama iaitu laman web Kementerian Pengajian Tinggi )
  • Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
  • Tentera atau polis atau lain-lain pekerjaan yang menggunakan syarat lulus Bahasa Melayu


Inilah pilihan-pilihan yang ada...anda kena berusaha untuk mendapatkannya. Nak seribu daya tak nak seribu dalih. orang yang bijka mencari peluang, orang yang gagal mencari alasan.

Dapatkan bimbingan dari Guru Kaunseling anda!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

PIHAK SEKOLAH adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Sumber-sumber maklumat yang diperoleh telah dinyatakan dari mana sumbernya.