Monday 19 September 2011

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMK TUN SYED ZAHIRUDDIN

Penubuhan Unit Bimbingan & Kaunseling SMK Tun Syed Zahiruddin seiring dengan pembukaan sekolah ini pada 3 Januari 2011. Program pertama yang telah dilaksanakan adalah Hari Pendaftaran Pelajar pada 28 Disember 2010. Diikuti dengan Minggu Silahtruhim dan Hari Haluan Tingkatan 4.

Tujuan UBK ditubuhkan adalah selaras dengan Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran (1979) yang menegaskan pentingnya perkhidmatan bimbingan dipertingkatkan di sekolah-sekolah seperti dinyatkan dalam Perakuan 79.

 ' Adalah diperakukan Perkhidmatan Panduan Pelajaran dan kerjaya di sekolah hendaklah dilaksanakan dengan sepenuhnya. Perkhidmatan ini hendaklah menitikberatkan kegiatan-kegiatan bimbingan dan tidak semata-mata kegiatan panduan kerjaya sahaja '.

Dengan Perakuan 79 ini secara tidak langsung setiap sebuah sekolah baru yang dibina akan menyediakan sebuah bilik khas untuk memberikan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kepada murid-murid sekolah tersebut.

Selaras dengan visi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling iaitu 'Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling menjadi peneraju utama dalam mewujudkan suasana yang teraputik dan kondusif di sekolah menjelang tahun 2011 ' menjadi visi kepada Unit Bimbingan & Kaunseling SMK Tun Syed Zahiruddin untuk menjadi peneraju utama  di sekolah ini khususnya.

Bagi merealisasikan visi ini, misi utama UBK adalah melahirkan modal insan yang BERILMU, BERWAWASAN DAN CEMERLANG selaraskan dengan moto sekolah 'BERILMU, BERWAWASAN, CEMERLANG'.

Sehingga kini iaitu 9 bulan ia diwujudkan perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling adalah menyeluruh dan hampir semua murid di sekolah ini telah mendapat perkhidmatan yang disediakan samada secara individu, berkelompok dan kelompok besar. Bimbingan kelompok besar untuk satu sekolah di beri pada setiap hari Selasa, Rabu dan Khamis sahaja di mana GBK akan memberikan bimbingan, panduan dan motivasi berdasarkan bidang dan tanggungjawab yang telah ditetapkan oleh KPM dan juga berkaitan dengan isu-isu semasa.

Guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah ini adalah Pn Rugayah bt Sulaiman.


Bidang tugas dan tanggungjawab UBK SMK Tun Syed Zahiruddin :-

  • Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling
  • Akademik
  • Kerjaya
  • Psikososial & Kesejahteraan Mental
  • Keibubapaan
  • Pembangunan Diri
  • Pendidikan Pencegahan Dadah/Rokok/Inhalan dan HIV/AIDS
  • Pengurusan & Pentadbiran

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

PIHAK SEKOLAH adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Sumber-sumber maklumat yang diperoleh telah dinyatakan dari mana sumbernya.