Monday 12 September 2011

PROGRAM MARHABAN DAN ZIARAH 2011

Hari ini bermulanya program marhaban dan ziarah ke rumah guru-guru SMK Tun Syed Zahiruddin sempena Aidil Fitri. Program ini merupakan anjuran Kelab Guru dan Staf SMKTSZ. Program ini akan berjalan sehingga hujung bulan ini. Ia sebebnarnya telah bermula di rumah Pengetua ( En Mat Johan ) di Tambak Paya pada 9 September 2011. 

Tujuan program ini diadakan sebagai meraikan Aidil Fitri dan mengeratkan hubungan silahturahim antara guru-guru SMKTSZ. Alhamdulillah majlis ini berjalan dengan lancar dan bermula pada jam 3.00 ptg selepas waktu persekolahan. Rumah yang telah dilawati hari ni adalah rumah Pn Rugayah ( Kg Pulai ) dan Pn Hjh Nurul Ain ( Taman Bkt Katil Permai ). Inysallah, esok akan diadakan di rumah guru-guru yang tinggal di Ayer Tawar iaitu rumah Pn Zakiah, En Bahrin dan Pn Suria.

Kelab Guru mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada En Mat Johan ( Pengetua SMK TSZ ) kerana memberikan sokongan moral yang sangat tinggi dalam menjayakan program ini. pengetua pun turut serta ke rumah guru-guru. 







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

PIHAK SEKOLAH adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Sumber-sumber maklumat yang diperoleh telah dinyatakan dari mana sumbernya.