Saturday 10 September 2011

HARI KOKURIKULUM 8 SEPTEMBER 2011 ( KHAMIS )

Buat julung kalinya SMK Tun Syed Zahiruddin mengadakan Hari Kokurikulumnya yang pertama. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar, biarpun hujuan turun dengan lebatnya sejak jam 7.40 pg - 11.00 pg.

Persiapan untuk hari Kokurikulum telah diusahakan sejak bulan Ogos lagi. Sebelum cuti hari raya, surat-surat jemputan untuk pameran telah diedarkan antaranya kepada Jabatan Pengankutan Jalanraya, Sekolah Henry Gurney, Jabatan Bomba & Penyelamat, Radio Amatur Johor, Kementerian Kesihatan, PDRM ( Narkotik ) dan Edaran Sumber. Walau bagaimanapun yang datang semasa Hari Kokurikulum hanyalah PDRM, Kem Kesihatan, Edaran Sumber dan Radio Amatur. Bomba tidak dapat menghadirkan diri kerana 'skylift' nya mengalami masalah hidrolik. Pembimbing Rakan Sebaya turut menyertai pameran dengan mengadakan pameran folio kerjaya dan inventori personaltii warna samada secara bertulis, komputer  dan kad.

Selain pameran, aktiviti jualan turut ddiadakan, hanya 4 gerai sahaja di buka memandangkan student hanya 330 orang sahaja. Antara jualannya ialah minuman sejuk, panas, nasi campur, nasi tomato, kue teow, kek, buger dan lain2. Alhamdulillah jualan laris sehingga pukul 3.30 ptg dah tak ada makanan.

Aktiviti lain yang turut diadakan adalah tayangan filem, pertandingan lagu patriotik dan karaoke. Jualan hanya menggunakan kupon sahaja.

Perasmian Hari kokurikulum telah disempurkan oleh En Safie b Ibrahim, mewakili Pejabat Pelajaran Daerah Jasin. 




Hari Kokurikulum berakhair pada jam 5.00 ptg dan sebagai menghargai semua pihak yang terlibat, hari Jumaat telah diisytiharkan sebagai cuti peristiwa.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

PIHAK SEKOLAH adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Sumber-sumber maklumat yang diperoleh telah dinyatakan dari mana sumbernya.