Friday 23 September 2011

MEREKAYASA PERKHIDMATAN BIMBINGAN & KAUNSELING

Dalam minggu ini bila releif kelas dan murid-murid yang datang ke bilik kaunseling, sibuk membuat promosi Merekayasa Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling. Murid-murid pun tak tahu makna merekayasa tu...saya kena beri penerangan kepada mereka supaya faham. Perkara ini telah diwarwarkan pada minggu naik sekolah selepas raya tentang blog dan facebook sekolah. Tujuan blog dan facebook di adakan ialah untuk memudahkan murid menyampaikan masalah mereka secara direct dan tidak perlu menunggu sekolah dibuka sekiranya mereka menghadapi masalah pada waktu cuti. Insyallah, saya akan cuba menjawabnya.

Pertandingan dalam Merekayasa Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling adalah :-

  • Blog UBK
  • Facebook UBK
  • Video Korporat UBK
  • Kaunselor Muda
  • Bilik Bimbingan & Kaunseling
Bagi tujuan di atas, saya hanya mampu untuk 4 pertandingan sahaja...video korporat tak masuk sebab tak mampu. Perbincangan telah dibuat dengan PRS dan mereka diminta untuk memilih kawan yang boleh bertanding.


Pengetua juga saya telah maklumkan perkara ini pada 5 September 2011. GPK 1, GPK HEM dan GPK Koku telah dimaklumkan mengenai hal ini. Alhamdulillah memberikan respon yang baik. Pengetua menggalakkan masuk semua pertandingan.

Hidup TUN SYED ZAHIRUDDIN

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

PIHAK SEKOLAH adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Sumber-sumber maklumat yang diperoleh telah dinyatakan dari mana sumbernya.