Friday 23 September 2011

HALA TUJU SELEPAS UPSR

Kemana nak pegi dengan UPSR kita? Khas buat anak, anak saudara dan semua.
Dengan pencapaian cemerlang dalam UPSR, anak-anak semua boleh memohon ke :-

  • Sekolah Berasrama Penuh ( Perlu memohon melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia http://apps.moe.gov.my/sbpt1/2011/  )
  • Maktab Rendah Sains MARA ( syarat mesti 5A untuk beli no. pin dan boleh di dapati di mana-mana Pejabat MARA negeri )
  • Maktab Tentera Diraja ( sila layari Laman Web MTD )
  • Sekolah Rancangan Khas ( sekurang-kurangnya 3A dalam UPSR )
  • Sekolah Rancangan Khas Agama ( mesti mendapat pencapaian cemerlang dalam UPSR dan UPKK  sekolah agama )
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama seperti SMKA Sharifah Rodziah & SMKA Sultan Muhammad ( 5A dalam UPSR dan cemerlang dalam UPKK sekolah agama )
  • Sekolah Menengah Harian Biasa


Anak-anak jangan risau jika tidak mendapat tempat ke sekolah-sekolah terbaik, belajarlah di sekolah harian biasa. Jika kita berusaha kita akan berjaya, bagi yang berjaya tahniah!

Tidak mendapat tempat ke SBP atau MRSM bukan bermakna hidup kita gelap, UPSR hanya sebagai laluan untuk mendapat tempat belajar yang terbaik. Peperiksaan yang penting adalah SPM. Walau di mana kita belajar kita boleh berjaya dengan syarat kita rajin berusaha.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

PIHAK SEKOLAH adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Sumber-sumber maklumat yang diperoleh telah dinyatakan dari mana sumbernya.