Pendahuluan
PRS atau Pembimbing Rakan Sebaya ialah seorang pelajar yang dilatih dalam kemahiran asas komunikasi dan kemahiran asas kaunseling. Berfungsi sebagai rakan berkesan dalam proses kehidupan pelajar samada dalam sekolah atau luar sekolah. Ini kerana pelajar hari mudah terdedah kepada gejala yang kurang sihat. Selain daripada itu, kehidupan keluarga hari ini berbeza yang mana ibu bapa keluar bekerja dan masa untuk anak-anak agak kurang menyebabkan remaja mudah berkongsi perasaan dengan rakan mereka dan pengaruh rakan sebaya lebih kuat daripada keluarga mereka. Sehubungan dengan itu, Pembimbing Rakan Sebaya sebagai satu alternatif menggalakkan remaja menggunakan pengaruh secara positif.
Justeru itu, Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah-sekolah terpillih mengadakan satu kerjasama bagi membantu memberikan latihan kepada pelajar yang menyertai aktiviti Pembimbing Rakan Sebaya.
Matlamat
Memupuk keyakinan diri untuk menjadi pemimpin murid
Objektif
Mengenal diri dari aspek kekuatan, kelemahan dan potensi diri sebagai jurulatih, penggerak institusi dan pemimpin
Membuat komitmen terhadap perubahan diri untuk mencapai kejayaan yang lebih tinggi dan berterusan dalam melatih orang lain
Sasaran
Pembimbing Rakan Sebaya
Anjuran
- SMK Sg Rambai
- SMK Seri Mahkota
- SMA Assaidah Khadijah
- SMK Tun Syed Zahiruddin
- SMKA Sharifah Rodziah
- SMK Dang Anum
- SMA Tahfiz Al Quran
- SMK Tinggi
Fasilitator
- Student Praktikum dari UNITAR
- Student dari KUIM
No comments:
Post a Comment