Thursday 9 July 2015

PROGRAM MINDA SIHAT


2015:STANDARD OPERASI MINDA SIHAT DI SEKOLAH


PERANAN GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEKOLAH MENENGAH


1. Mentadbir Saringan DASS dan Ujian Gaya Daya Tindak kepada semua pelajar Tingkatan 4. 


2. Menganalisis Saringan DASS dan Ujian Gaya Daya Tindak. dan lengkapkan format yang boleh di download seperti di bawah FORMAT LAPORAN ANALISA MINDA SIHAT


3. Murid-murid yang telah disaring dan diuji untuk kali pertama diintervensi secara khusus oleh GBKSM sekiranya dapatan analisis sederhana, teruk dan sangat teruk. Membuat Intervensi Umum Dan Khusus menggunakan modul minda sihat. Panduan modul boleh di download dari bawah dan power point ceramah bagi bengkel Minda Sihat boleh di download dari Powerpoint Ceramah. MODUL MINDA SIHAT 2015


4. Murid-murid yang telah disaring dan diuji untuk kali kedua dirujuk ke Klinik Kesihatan sekiranya dapatan analisis masih sederhana, teruk dan sangat teruk.


5. Melaporkan kepada Pengetua senarai nama Murid Rujukan.

6. Menghantar laporan ke PPD mengikut format yang boleh di download dibawah

    LAPORAN DATA MINDA SIHAT KE PPD

7. Laporan dapatan analisis dihantar oleh PPD ke Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)

8. Laporan dapatan analisis dihantar oleh pegawai JPN ke Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)




PERANAN PENGETUA


1. Memastikan GBKSM mentadbir SD dan UGDT mengikut jadual.
2. Membantu GBKSM melaksanakan aktiviti Intervensi Umum Dan Khusus.
3. Merujuk Murid Rujukan kepada ibu bapa.



PERANAN IBU BAPA


1. Memberi sokongan kepada Murid Rujukan.
2. Membawa Murid Rujukan kepada Klinik Kesihatan (KK).



PERANAN KLINIK KESIHATAN



1. Menerima Murid Rujukan.
2. Memberi khidmat bantuan kepada Murid Rujukan dan ibu bapa.
3. Menghantar maklum balas kepada sekolah tentang Murid Rujukan.




Kokokan ayam nyaring kedengaran

Udara pagi yang sungguh nyaman

Sawah terbentang, ceriakan pandangan

Celah kelapa sawit, jom senaman

Suasana hijau kampung halaman

Yang sentiasa memberi kedamaian.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

PIHAK SEKOLAH adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Sumber-sumber maklumat yang diperoleh telah dinyatakan dari mana sumbernya.