Sunday 12 April 2015


IKRAR & AKU JANJI PELAJAR


Bahawasanya kami berikrar dan berjanji kepada semua guru dan ibu bapa akan berusaha bersungguh-sungguh bagi mencapai kejayaan yang cemerlang dalam semua peperiksaan dan kegiatan ko-kurikulum tahun 2015.

Kami sedar dengan lafaz ikrar ini, kami mesti belajar dengan tekun, terancang dan sistematik, memberi sepenuh tumpuan kepada guru mengajar, menyempurnakan semua tugasan yang diberikan dan bersedia menghadapi semua peperiksaan, menggandakan latihan, mempelbagaikan kaedah pembelajaran dan menyertai semua program akademik dank ko-kurikulum sekolah.

Kami berazam meningkatkan tuntutan dengan TUHAN dan segala suruhan lain khususnya guru dan ibu bapa kami. Kami berjanji sentiasa menjaga tingkahlaku dan berpakaian kemas disamping berdisiplin di dalam dan di luar sekolah. Kami bersedia dihukum sekiranya melanggar ikrar di atas.

Ikrar ini diambil dari salah sebuah sekolah di Chera, Kuala Lumpur...Terima kasih banyak

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

PIHAK SEKOLAH adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Sumber-sumber maklumat yang diperoleh telah dinyatakan dari mana sumbernya.