Saturday, 16 February 2013

KURSUS KEPIMPINAN ORGANISASI


Pendahuluan

Murid sekolah hari ini adalah pemimpin akan datang. Mereka inilah yang akan menerajui negara. Bagi memastikan pemimpin hari ini mampu menerajui kepimpinan negara, sudah seharusnyalah mereka pada waktu ini diberikan berbagai kemahiran yang berguna untuk diri mereka.

Melalui kepimpinan organisasi kecil di sekolah, mereka dapat membentuk jati diri yang cemerlang dan terbilang selaras dengan moto sekolah BERILMU BERWAWASAN CEMERLANG.

  
Matlamat

Melahirkan pemimpin murid daripada persatuan/ kelab dan badan uniform yang mempunyai pengetahuan dalam mengendalikan dan menguruskan organisasi mereka

Objektif
  • Memberi kefahaman mengenai fungsi dan tanggungjawab yang harus dijalankan dalam mengendalikan sesuatu organisasi
  • Meningkatkan keyakinan dan motivasi mereka dalam mengendalikan organisasi kecil di sekolah


Sasaran

· Pengerusi
· Naib Pengerusi
· Setiausaha
· Bendahari

Tarikh/Masa/Tempat

Tarikh : 16 Februari 2013 ( Sabtu )
Masa : 8.00 pg - 12.00 tgh
Tempat : Dewan Tun Syed Zahiruddin

ATURCARA

8.00 pg                     Pendaftaran
                                                  
8.30 pg                     Icebreaking

9.00 pg                     Minit Mesyuarat

10.00 pg                   Kudapan

10.30 pg                   LDK

11.00 pg                   Kertas Kerja

12.00 tgh                 Bersurai


Catatan :-

 Alhamdulillah  segala yang dirancangkan bersalan dengan lancar, walaupun kehadiran murid sangat mendukacitakan tambahan lagi dengan bahang perayaan Tahun Baru Cina.














No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

PIHAK SEKOLAH adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Sumber-sumber maklumat yang diperoleh telah dinyatakan dari mana sumbernya.