Thursday, 2 August 2012

ART THERAPHY

    Apa Itu Art Therapy?....( http://leyzaa6452.blogspot.com 



Kreativiti lukisan merupakan modaliti intervensi dalam sesi kaunseling. Ia sangat sesuai untuk sesi kaunseling kanak-kanak. Ia berkesan untuk klien yang tidak dapat membina hubungan dengan kaunselor dan klien yang introvert. Dengan Art Therapy, kaunselor dapat mencungkil modaliti daripada kanak-kanak normal dan kanak-kanak berpendidikan khas. Dengan melukis ia memberi peluang kepada kaunselor meneroka  pengalaman klien yang tersembunyi. Art Therapy tidak memerlukan kemahiran artistik.  Art Therapy mengandungi:

  1. Menyelesaikan konflik emosi
  2. Meningkatkan kesedaran diri
  3. Membina kemahiran sosial
  4. Perubahan tingkah laku
  5. Meningkatkan daya tindak
  6. Membangun strategi penyelesaian masalah
Sejak balik berkursus di USIM, saya sangat berminat menjalankan art therapy
 kat anak2 murid saya. Setiap peringkat umur mempunyai pandangan yang
 berbeza tentang pentafsiran arahan kita...Setakat ini, tingkatan 1, 2 dan
 3 dah buat art theraphy. Seronok juga mengendalikan aktiviti ini...kata orang 
release tension tak adalah budak2 ni dalam kelas aje,,,,tapi kalau dengan
 Cikgu Rugayah kita buat yang lain dari yg lain....duduk kat dewan terbuka
 yang banyak angin dan bersantai....


Dari lukisan yang budak2 ni buat sebenarnya kita boleh mencungkil lebih 
mendalam cuma masa sahaja tak berkesempatan. Apa yang dapat saya 
katakan lebih mendidik murid dalam komunikasi dengan memberi peluang 
kepada mereka menerangkan lukisan yang mereka lukis kepada 
rakan-rakan mereka. Mereka juga boleh bersoal jawab...sepanjang 
aktiviti yang saya jalankan anak2 urid saya ni sukar untuk bercakap....
Jom kita tengok lukisan mereka...











Insyallah ....jika berkesempatan saya akan menggunakannya sebagai satu bahan kajian...



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

PIHAK SEKOLAH adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Sumber-sumber maklumat yang diperoleh telah dinyatakan dari mana sumbernya.