Wednesday 18 April 2012

PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK SIRI 1


Sebenarnya dah 3 tahun aku tak buat program ni sejak meninggalkan SMK Tun Perak tapi mulai tahun ni di sekolah baruku tugas ini kugalas semula demi anak2 murid tercinta calon sulung PMR dan SPM. Minggu lepas dapat arahan daripada GPK 1 Tn Hj Tuah minta aku uruska program ini dalam masa seminggu. Dalam seminggu kena cari penceramah untuk subkej yang dicadangkan, mujur ada rakan2 daripada sekolah lama yang sudi membantu....maka inilah hasilnya. 

Bermula daripada 17 - 18 April, program ini dijalankan dengan pengisian teknik menjawab PMR dan SPM bagi mata pelajaran Matematik dan Sejarah.

Bagi PMR :-

Matematik - Pn Hjh Norlizah bt Abu Bakar ( SMA Tahfiz )
Sejarah - En Kamil b Md Taha ( SMKA Tun Perak )

Bagi SPM :-

Matematik - Pn Hjh Rozilah bt Nawawi ( SMK Tun Syed Zahiruddin )
Sejarah - Tn Hj Md Isa b Harun ( SMK Seri Mahkota )

Teknik menjawab bagi calon PMR di jalankan Dewan Tun Syed Zahiruddin, manakala SPM dijalankan di Bilik Seminar. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. 

Terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini.







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

PIHAK SEKOLAH adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Sumber-sumber maklumat yang diperoleh telah dinyatakan dari mana sumbernya.