Thursday, 15 September 2011

ASAL USUL NAMA SMK TUN SYED ZAHIRUDDIN

Nama SMK Tun Syed Zahiruddin diambil sempena mengenang jasa Yang dipertua Negeri Melaka ke 4 iaitu Tun Syed Zahiruddin.

Siapa Tun Syed Zahiruddin?

LATAR BELAKANG

Tuan Yang Terutama Tun Syed Zahiruddin Bin Syed Hassan atau Y.A Bhg. Orang Kaya Seri Maharaja Tun Haji Syed Zahiruddin bin   Syed   Hassan    telah   dilahirkan  pada 11 Oktober 1918 di Pondok Tanjung, Kerian, Perak. Beliau merupakan anak sulung daripada enam orang adik-beradik. Bapa beliau bernama Syed Hassan bin Syed Ibrahim,  dan  ibunya  Raja  Halimah bte Raja Abdullah.  Bapanya  berasal  dari Sayung, Kuala Kangsar, Perak manakala ibunya dari Pondok Tanjung, Kerian, Perak.

PENDIDIKAN

Tun  Syed  Zahiruddin  bin  Syed Hassan  telah   menerima pendidikan  awal   di  Sekolah Melayu Tapah Perak. Beliau menuntut di sana selama setahun iaitu pada tahun 1924 hingga tahun 1925.  Kemudian  beliau  melanjutkan   persekolahan di Sekolah Melayu  Pondok  Tanjung  selama 4 tahun  iaitu dari  tahun  1925 sehingga tahun 1929  dan seterusnya ke Clifford School, Kuala Kangsar, Perak. Pada tahun 1930, beliau memasuki Maktab Melayu Kuala Kangsar sehingga lulus Senior Cambridge.

Kecemerlangan  dan kepintaran beliau telah membolehkan beliau  terpilih  untuk meneruskan  pengajian ke Raffles College, Singapura pada tahun 1938 sehingga tahun 1941, dan berjaya memperolehi  Diploma Kesusasteraan. Ketika di sekolah,  beliau merupakan  seorang  penuntut yang aktif dalam pelbagai bidang sukan seperti bola sepak, hoki, tenis dan kriket.

SUMBANGAN

Memang   tidak  dapat  dinafikan    lagi,  Tun    Syed Zahiruddin merupakan  seorang tokoh pemimpin yang sangat berkaliber. Tidak hairanlah sebelum beliau dilantik menjadi  Yang   di-Pertua   Negeri  Melaka,  beliau  telah  memegang  beberapa jawatan penting di peringkat daerah, negeri dan negara.  Berikut adalah   beberapa jawatan yang pernah disandang oleh beliau:

1942 – 1943 : Timbalan Penolong Pegawai Daerah Gerik
1943 – 1946 : Timbalan Penolong Pengarah Daerah Kechil, Tanjung Malim
1946 – 1947 : Timbalan Penolong Pegawai Daerah,Cameron Highlands
1948 – 1951 : Timbalan Penolong Pegawai Daerah Kerian, Perak
1952 – 1953 : Penolong Pegawai Daerah, Lenggong,Perak
1953 – 1954  : Penolong Pegawai Daerah, Tanjung Malim, Perak
1954 – 1955 : Penolong Pegawai Daerah, Ipoh, Perak
1955 – 1957 :  Penolong Setiausaha II, Kerajaan Negeri Perak
1957 – 1958  : Pegawai Daerah Tapah, Perak
1959 – 1960  :
  • Timbalan Setiausaha, Suruhanjaya Perkhidmatan  Awam, Kuala Lumpur
  • Ketua Penolong Setiausaha, Federal Establishment Office, Kuala Lumpur
1960 – 1961 : Pesuruhjaya Tanah dan Galian, Perak
1961 – 1962 : Setiausaha Kerajaan Negeri Perak
1963 – 1966 :Setiausaha Tetap, Kementerian Pertanian, Malaysia
1966 – 1970 : Setiausaha Tetap, Kementerian Pelajaran, Malaysia
1970 – 1972  : Ketua Pengarah, Jabatan Perkhidmatan Awam,Malaysia
1972 – 1973  : Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu
1 April 1974  : Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom    
18 Mei 1975 : Duta Malaysia ke Repulik of Ireland

LAGU SEKOLAH

LAGU SEKOLAH
SMK TUN SYED ZAHIRUDDIN

Bersama  kita berusha
Membina kecemerlangan
Memantapkan ilmu di dada
Menjadi insan terbilang
SMKTSZ sekolah pilihan
Berusaha tingkatkan pencapaian
Menjana transformasi gemilang
Menuju kejayaan
Pendidikan berkualiti
Berlandaskan satu Malaysia
Bersama cogankata dijulang

BERILMU BERWAWASAN CEMERLANG
BERILMU BERWAWASAN CEMERLANG

...SABARUDIN OMAR...

LENCANA SEKOLAH

Biru – melambangkan perpaduan murid SMTSZ yang berbilang bangsa bersatu padu serta berusaha dalam memajukan pembangunan sekolah berasaskan sains dan teknologi.
Kuning – mendokong dan menghormati lunas-lunas perlembagaan dan Falsafah Rukun Negara
Merah – lambang keberanian dan bersedia menghadapi segala rintangan dan cabaran dalam usaha meletakkan SMKTSZ sebagai sebuah sekolah yang berilmu, berwawasan dan cemerlang
Hijau – melambangkan kesuburan fizikal, dan mental serta sekolah ini berada dalam Negeri Melaka Berteknologi Hijau
Putih – melambangkan kesucian, keikhlasan dan kesungguhan bagi mempertingkatkan ketahanan murid yang beradab, berkebudayaan dan berkeperibadian Malaysia.
Bentuk gear dan geometri – melambangkan kepentingan sains dan teknologi dalam pendidikan seperti yang dihasratkan dalam Wawasan 2020 untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Maju
Gelungan rantai – sukan sebagai aktiviti dalam melahirkan murid yang sihat, cergas dan cerdas
Bentuk logo sekolah seperti plak – bermaksud sekolah sentiasa ingin berjaya dan cemerlang dalam apa jua bidang yang diceburi
Tun Syed Zahiruddin – nama Tuan Yang Terutama Melaka yang ke empat dan nama ini telah diambil sebagai nama sekolah bagi mengenang jasa beliau
Motto Sekolah – Berilmu, Berwawasan, Cemerlang
Kesemua simbol yang terdapat dalam lencana di atas menggambarkan hasrat dan cita-cita murni SMKTSZ untuk melahirkan pelajar yang berilmu dan cemerlang dalam semua bidang serta pelajar-pelajar yang mampu menghadapi cabaran dan mengisi wawasan diri, keluarga dan Negara.


Disediakan oleh : Pn Rugayah bt Sulaiman, berdasarkan kajian daripada makna-makna warna pada bendera dan lencana sekolah-sekolah.

VISI, MISI DAN MOTTO SEKOLAH

VISI

SMK TUN SYED ZAHIRUDDIN
KE ARAH SEKOLAH PILIHAN
KAWASAN MERLIMAU
MENJELANG TAHUN 2012


MISI

  • Ø  Memberi pendidikan berkualiti dan bersepadu serta menyeluruh bagi melahirkan insan cemerlang berlandaskan aspirasi 1 Malaysia
  • Ø  Melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
  • Ø  Untuk membina sahsiah pelajar yang terpuji melalui Pengurusan Disiplin yang cekap ke arah kemenjadian murid
  • Ø  Melakar nama sekolah melalui aktiviti kokurikulum bagi mencapai kecemerlangan melalui penyertaan bersungguh setiap orang murid
  • Ø  Penggunaan maksimum prasarana sekolah yang dibekalkan oleh setiap warga SMK Tun Syed Zahiruddin
  • Ø  Pentadbiran dan pengurusan sekolah yang cekap, mapan dan berkesan
  • Ø  Mewujudkan hubungan yang baik dengan agensi kerajaan yang terdapat di Merlimau dan komuniti sekitarnya


MOTTO

BERILMU, BERWAWASAN, CEMERLANG

Sejarah Pembukaan SMK Tun Syed Zahiruddin

SMK Tun Syed Zahiruddin merupakan sebuah sekolah menengah baru yang dibuka di Negeri Melaka pada tahun 2011. Ia terletak di Kg Ayer Tawar, Merlimau di dalam Daerah Jasin.

Penubuhan sekolah ini dibuat kerana kepadatan bilangan murid di sekolah-sekolah menengah berhampiran  seperti SMK Datuk Abdul Rahman Yaakub dan  SMK Dang Anum.  Sekolah ini mula di bina pada tahun 2008 dengan kos pembinaan RM 28 juta dibawah RMK Ke 10 dan siap sepenuhnya pada 1 November 2010. Ia dibina di kawasan seluas 25 ekar dan luas kawasan untuk bangunan pendidikan dan kemudahan asas yang lain adalah 15 ekar.

Sekolah ini menawarkan pendidikan menengah daripada tingkatan 1 dan 5 dengan 30 buah bilik darjah. Selain itu ia mempunyai sebuah dewan tertutup, dewan terbuka, kemudahan padang permainan, kantin, bengkel kemahiran hidup, makmal sains, surau, pusat sumber, pusat ICT, bilik rawatan dan lain-lain kemudahan yang serba lengkap dan cukup.

SMK Tun Syed Zahiruddin  memulakan sesi persekolahannya yang pertama pada 3 Januari 2011 dengan jumlah murid seramai 330 orang ( 91% Melayu, 8% Cina dan 1% India ) dan guru seramai 25 orang ( 10 guru lelaki dan 15 guru perempuan ) serta 3 staf sokongan. Pengetua yang pertama adalah En Mat Johan bin Jahis.

Kelas yang dibuka adalah sebanyak 11 buah bilik darjah yang terdiri daripada Tingkatan 1 ( 4 buah kelas ), Tingkatan 2 ( 4 buah kelas ) dan Tingkatan 4 ( 3 buah kelas ). Bagi membezakan kelas, nama permata telah di gunakan iatu Berlian, Delima, Mutiara, Nilam, Permata dan Zamrud. Sekolah ini juga menawarkan kelas Sains Tulin kepada murid tingkatan 4.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

PIHAK SEKOLAH adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Sumber-sumber maklumat yang diperoleh telah dinyatakan dari mana sumbernya.