Monday, 5 December 2011

KHASIAT DIET NABI MUHAMMAD SAW


“Wahai Manusia, makanlah apa yang ada di atas muka bumi yang halal lagi baik dan janganlah kamu mengikut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan merupakan musuh yang nyata bagimu.” (Al-Baqarah : 168)
Alhamdulillah saya diberi ruang dan masa yang untuk menulis lagi di dalam ruangan kesihatan ini. Untuk kali ini saya akan berkongsi sedikit berkenaan diet pemakanan Nabi Muhammad selama hayat baginda. Di sini saya akan menceritakan sedikit makanan yang disukai oleh Nabi Muhammad iaitu barli, gandum, tembikai dan mentimun.
Khasiat barli : “Mengikut Sahl bin Saad, ‘Aku tidak pernah melihat nabi memakan roti yang diperbuat daripada tepung putih yang diayak sehingga baginda wafat’. Beliau ditanya oleh seseorang ‘Bagaimana kamu membuat tepung tanpa di ayak?’ Sahl bin Saad menjawab, ‘Kami menumbuk barli (sya’ir) kemudian menghembus untuk membuang kulitnya. kemudian kami menggunakan yang baki untuk memasak dan makan.” (hadis ini direkod oleh Bukhari)
  • Asid propionik – Menghalang proses pengeluaran kolestrol dalam badan
  • Beta glucan – Merendahkan paras kolestrol dengan mencantum kolestol kepada asid hempedu (bile acids) untuk dibuang bersama najis.
  • Niasin – Adalah vitamin B yang membantu  mengurangkan paras kolestrol dalam darah disamping melambatkan proses pembekuan darah. Pembekuan darah dapat menyebabkan serangan jantung dan strok berlaku.
  • Fosforus – Berfungsi untuk pembinaan setiap sel dan saraf di samping menjadi batu asas kepada pembinaan kod genetik insan. Diperlukan oleh sistem metabolisme lemak dan menjadi mineral penting bagi pembinaan tulang-tulang.
  • Kuprum – Merangsang aktiviti enzim lysyl oxidase yang berfungsi mengekalkan fleksibiliti pembuluh darah, tulang dan sendi. Ia mampu meredakan gejala serangan radang sendi yang dikenali sebagai rheumatoid arthritis.
  • Selenium – Mencegah seseorang dari menghidap kanser, meningkatkan sistem pertahanan badan dan membantu mencegah serangan penyakit jantung. Ia juga mengurangkan gejala-gejala bagi penyakit asma dan radang sendi.
  • Mengenes – Zat logam yang diperlukan bagi pembinaan tulang, hormon seks dan faktor pembekuan darah. Berperanan dalam metabolisme lemak dan karbohidrat, penyerapan kalsium, pengawalan kadar gula dalam darah dan proses pertumbuhan saraf dan otak.
Khasiat gandum : “Aisyah berkata,’Keluarga nabi tidak pernah kenyang dengan memakan roti gandum dua hari berturut-turut dan (pada hari mereka tidak memperolehi roti) mereka terpaksa memakan tamar.” (riwayat oleh Bukhari dan Muslim)
  • Gandum sempurna mengandungi kadar protein, serat dan vitamin E yang tinggi. Mengikut satu kajian yang dilakukan ke atas 31 000 orang, mereka yang memakan roti yang diperbuat daripada biji gandum sempurna menanggung risiko yang rendah menghidap penyakit jantung. Michael H. Davidson, MD, presiden Chicago Center For Clinical Reserch berkata hal ini disebabkan vitamin E yang terdapat dalam gandum menyebabkan hati mengeluarkan kadar kolesterol yang rendah.
Khasiat tembikai : “Aisyah berkata,’Rasulullah pernah memakan buah tembikai bersama-sama dengan buah tamar basah.” (riwayat Abu Daud dan Tirmizi)
  • Mengandungi antioksidan lycopane yang mampu mencegah daripada pelbagai jenis penyakit terutama kanser. Hal ini dilaporkan di laman web Centers For Disease Control and prevention, Atlanta. Mengikut pengkaji-pengkaji dari Universiti Harvard, lelaki yang banyak mengambil makanan yang mengandungi lycopane mempunyai risiko rendah menghadapi penyakit kanser terutama kanser prostat.
  • Vitamin C dan beta karotena – Merupakan antioksidan berfungsi memperbaiki sel-sel badan yang rosak di samping mencegah kanser. Kajian yang dilakukan di Universiti Harvard beta kerotenaberfungsi membunuh sel-sel kanser di samping mampu mengubah protein yang diperlukan oleh sel-sel kanser ini dan dengan itu mencegahnya supaya terus tumbuh.
  • Kalium (potasium) – Berperanan merendahkan tekanan darah. Pernah dinyatakan oleh Dr George Webb, Profesor Madya dalam bidang fisiologi dan biofizik dari Universiti College of Medicine. Juga berfungsi menghalang kolesterol keji daripada melekat dan menyempitkan pembuluh darah.
  • Asid Folik – Sejenis vitamin B yang diperlukan oleh ibu bagi mencegah bayi dalam kandungan daripada mengalami kecacatan dan penyakit jantung.
Khasiat mentimun : “Abdullah bin Jaafar berkata,’Saya melihat Rasulullah memakan tamar basah dan sayur daripada jenis mentimun (cucumber).” (riwayat Bukhari dan Muslim)
  • Kaya dengan air dan menyejukkan badan
  • Vitamin C dan caffeic acid - Mampu menghilangkan bengkak di badan dan meredakan radang kulit.
  • Silika – Unsur penting bagi menjamin kesihatan sistem saraf yang melibatkan otot, tendon, ligamen dan tulang.
  • Kalium dan magnesuim - Merendahkan tekanan darah dan mencegah daripada penyakit darah tinggi.
Di sini saya berkongsi sedikit makanan kesukaan Nabi Muhammad daripada buku tulisan Dr Danial Zainal ‘Quran Saintifik, Meneroka Kecemerlangan Al-Quran daripada teropong Sains’.
Namun begitu, pengambilan makanan berkhasiat yang berlebihan akan menghilangkan kebaikannya. oleh sebab itu, di samping pengambilan makanan yang halal dan baik, kita perlu mengambilnya dengan sederhana.
Nabi berkata, “Tidak ada bekas yang diisikan oleh anak adam yang lebih keji daripada perut. Cukuplah bagi anak adam dengan beberapa suapan yang membetulkan tulang belakangnya. Dan sekiranya ia terpaksa melakukannya juga maka satu pertiga untuk makanannya satu pertiga untuk minumannya dan satu pertiga untuk nafasnya.” (riwayat Tirmizi, Ahmad, Ibnu Majah dan An-nasai)

Sumber : http://www.fikrahislam.com/kesihatan/khasiat-diet-nabi-muhammad/

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

PIHAK SEKOLAH adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Sumber-sumber maklumat yang diperoleh telah dinyatakan dari mana sumbernya.