Sunday 4 September 2011

TEMA DAN LOGO HARI KEBANGSAAN TAHUN 2011 ( Sumber : http://www.wazy84.com )

Tema Hari Kemerdekaan 2011


Setiap tahun Negara kita, Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan pada setiap 31hb Ogos. Namun pada tahun ini Sambutan Hari kemerdekaan ke 54 pada tahun 2011 akan ditunda ke tarikh 16hb September dimana ianya akan diadakan serentak dengan Hari Malaysia.Menurut sumber dari Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, ianya adalah disebabkan tarikh kemerdekaan pada tahun ini jatuh pada penghujung Ramadan.Untuk Tema Hari Kemerdekaan ke 54 tahun 2011 ialah “ 1Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera ”,manakala Tema Hari kemerdekaan ke 53 pada tahun lalu (2010) ialah “1 Malaysia Menjana Transformasi”
Maklumat Tentang Tema Dan Logo Hari Kemerdekaan 2011
1MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI
Melambangkan visi Negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan Negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.
Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

PIHAK SEKOLAH adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Sumber-sumber maklumat yang diperoleh telah dinyatakan dari mana sumbernya.