Tuesday 20 September 2011

PROGRAM 5 MINIT ANTI DADAH

Program 5 Minit Anti Dadah merupakan satu bentuk program penyampaian maklumat mengenai bahaya dadah kepada murid sekolah. program ini merupakan sebahagian daripada Program Pendidikan Pencegahan Dadah. Program ini berjalan sepanjang tahun dan ia telah dimulakan pada bulan Februari dengan PRS sekolah akan menyampaikan Tip 5 Minit Anti Dadah di perhimpunan sekolah setiap hari Selasa, Rabu dan Khamis.


Program ini ditangguhkan pada bulan Mac- April kerana memberi laluan kepada Program Bulan Bahasa. Bagi memulakan program ini GBK telah memberikan taklimat mengenai perjalan program tersebut dan Pengerusi PRS iaitu Saudara Mohd Shahrul Mahdis telah menyampaikan Tips 5 Minit Anti Dadah dengan tajuk ' definisi Dadah '

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

PIHAK SEKOLAH adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Sumber-sumber maklumat yang diperoleh telah dinyatakan dari mana sumbernya.