Tuesday 6 September 2011

PERMOHONAN KE MATRIKULASI KPM SESI 2012 ( Sumber : http://beliamuda.com )

Permohonan Kemasukan Ke Matrikulasi KPM Sesi 2012/2


Permohonan Kemasukan Ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia Sesi 2012/2013 bagi pelajar Tingkatan 5 Tahun 2011 (calon SPM 2011) sudah dibuka mulai 1 Julai 2011 sehingga 10 Oktober 2011.
Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia menawarkan dua jurusan dan satu aliran iaitu :
  1. Jurusan Sains (M001)
  2. Jurusan Perakaunan (M003)
  3. Aliran Teknikal (M007)

KELAYAKAN PERMOHONAN

Pemohon mestilah pelajar bumiputera warganegara Malaysia yang berumur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari 2012 dan menghantar borang permohonan sebelum atau pada 10 Oktober 2011. Pelajar yang bukan bumiputera dari sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan juga boleh memohon.
Pelajar juga perlu mendaftar dan mengambil mata pelajaran berikut dalamPeperiksaan SPM tahun 2011.
  • Bagi mengikuti Jurusan Sains (M001)
    Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia dan Fizik atau Biologi.
  • Bagi mengikuti Jurusan Perakaunan (M003)
    Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan dan mana – mana dua mata pelajaran daripada Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Perdagangan, Pengajian Keusahawanan, Sains, Sains Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi dan Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan / Lukisan Kejuruteraan).
  • Bagi mengikuti Aliran Teknikal (M007)
    Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia, Fizik, Lukisan Kejuruteraan dan mana-mana satu mata pelajaran daripada Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan.

KELAYAKAN MINIMUM AKADEMIK PROGRAM PST

Syarat kelayakan minimum bagi mengikuti Program Matrikulasi Satu Tahunadalah seperti berikut :
1. Jurusan Sains (M001)
  • C dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan dan Kimia
  • B dalam Matematik
  • C dalam salah satu mata pelajaran daripada Fizik atau Biologi
2. Jurusan Perakaunan (M003)
  • C dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik
  • E dalam Matematik Tambahan
  • C dalam dua mata pelajaran daripada Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Keusahawanan, Perdagangan, Sains Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi atau Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Teknologi Kejuruteraan / Lukisan Kejuruteraan)
3. Aliran Teknikal (M007)
  • C dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan dan Fizik
  • B dalam Matematik
  • E dalam Kimia
  • C dalam satu mata pelajaran daripada Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik atau Teknologi Kejuruteraan
Kelayakan di atas merupakan kelayakan MINIMUM. Mereka yang gagal mendapat tawaran mengikuti Program Matrikulasi Satu Tahun akan dipertimbangkan bagi mengikuti Program Matrikukasi Dua Tahun.

KELAYAKAN MINIMUM AKADEMIK PROGRAM PDT

Syarat kelayakan minimum bagi mengikuti Program Matrikulasi Dua Tahunadalah seperti berikut :
  • C dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Kimia
  • D dalam Matematik Tambahan
  • C dalam salah satu mata pelajaran daripada Fizik / Biologi / Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Teknologi Kejuruteraan)

CARA PERMOHONAN PROGRAM MATRIKULASI

Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan satu cara sahaja untuk permohonan program matrikulasi iaitu permohonan melalui internet (PMI).
Permohonan melalui internet boleh dibuat di portal berikut;
Sila layari pautan berikut untuk maklumat lebih lanjut:

TARIKH TUTUP PERMOHONAN MATRIKULASI 2012

  • Tarikh tutup permohonan ialah  pada 10 Oktober 2011.
  • Permohonan calon yang tidak layak / maklumat tidak tepat / tidak lengkap dan lewat daripada tarikh tutup tidak akan diproses.

SEMAKAN PERMOHONAN MATRIKULASI 2012

Pelajar boleh membuat semakan permohonan dengan melayari laman webKementerian Pelajaran Malaysia pada awal atau pertengahan bulan Februari 2012 untuk membuat pembetulan maklumat yang dibenarkan sekiranya perlu.

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN MATRIKULASI 2012

Pelajar boleh membuat semakan keputusan permohonan dengan melayari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia pada awal atau pertengahan bulan April 2012 untuk mengetahui status permohonan.

SURAT TAWARAN DAN PENDAFTARAN MATRIKULASI 2012

Surat tawaran akan dikeluarkan oleh Bahagian Matrikulasi kepada calon yang berjaya dan para pelajar akan mendaftar di kolej-kolej matrikulasi pada bulan Mei 2012. Pelajar boleh mendapat keterangan lanjut dengan menghubungi kolej yang ditetapkan.

RAYUAN PROGRAM MATRIKULASI 2012

Bagi pemohon yang tidak berjaya boleh membuat rayuan yang dibuka selama dua (2) minggu bermula dari tarikh pengumuman keputusan permohonan pada pertengahan April 2012. Pemohon yang tidak berjaya berkemungkinan ditawarkan untuk memasuki Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT).

PERTANYAAN BAGI PROGRAM MATRIKULASI 2012

Sila rujuk portal Aplikasi Permohonan Atas Talian Program Matrikulasi untuk maklumat lanjut atau hubungi Bahagian Matrikulasi di talian 03 8884 4083 atau faks 03 8884 4028 untuk maklumat lanjut.
Untuk info terkini berkaitan Tawaran Biasiswa dan Pendidikan berserta kemaskini berkenaan Matrikulasi Sesi 2011/2012, anda boleh melanggan kemaskini terus ke akaun emel anda melalui cara di bawah:

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

PIHAK SEKOLAH adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Sumber-sumber maklumat yang diperoleh telah dinyatakan dari mana sumbernya.