Friday 30 September 2011

MURID PULANG DARI KURSUS

26 dan 27 September 2011 ( Isnin & Selasa ) hantar murid Bahagian Teknologi Pendidikan, Bukit Katil untuk menghadiri Kursus Jati Diri dan Pembimbing Rakan Sebaya. Maka pada 28 dan 29 September 2011 ambil semula mereka dari berkursus.

Alhamdulillah, murid yang kembali dari Kursus Jati Diri di Mersing selamat sampai lebih kurang jam 6.15 petang, jam 5.30 ptg dah keluar rumah. Hantar sampai kat rumahnya dan sampai rumah sendiri jam 7.30 mlm.

Manakala PRS yang berkursus di Port Dickson sampai lebih kurang jam 3.30 petang dan terus hantar mereka pulang ke rumah. Alhamdulillah semuanya selamat. Sebenarnya pada tarikh yang sama dan masa yang sama, sepatutnya saya menghadiri Solat Hajat di SMK Seri Mahkota kerana anak akan menduduki SPM tahun ini. Antara anak dan anak murid yang mana satu menjadi keutamaan? Anak adalah masa depan dan anak murid adalah kerjaya. Pilihan adalah pada anak murid kerana ia adalah kerjaya.

Rasionalnya pada anak-anak murid jangan lupa jasa guru-guru kaunseling anda, walaupun dia tak mengajar anda tapi siapa yang menguruskan perjalanan anda apabila anda menghadiri kursus. 

Semuanya bergembira menghadiri kursus tersebut.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

PIHAK SEKOLAH adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Sumber-sumber maklumat yang diperoleh telah dinyatakan dari mana sumbernya.