Monday 19 September 2011

LAWATAN KE RUMAH MURID

Pada 8 Mei 2011 ( Rabu ) jam 3.00 ptg, Pengetua, GPK 1, GPK Hem, Guru BK, Guru Biasiswa & Guru Data telah melawat dan menziarah rumah pelajar yang terlibat dalam kebakaran pada 7 Mei 2011 ( Selasa ) iaitu Muhd Nuriman b Khalil. Kebakaran dikatakan berpunca daripada adiknya bermain mancis. Hampir 90% rumahnya musnah dalam kebakaran dan kebanyakan peralatan dalam rumah termasuk barangan elektrik tidak dapat diselamatkan.

Di samping menziarah murid tersebut, pihak sekolah turut menyampaikan sumbangan derma bagi membantu meringankan beban keluarga tersebut. Sekarang, menurut Nuriman rumahnya telah diperbaiki.







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

PIHAK SEKOLAH adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Sumber-sumber maklumat yang diperoleh telah dinyatakan dari mana sumbernya.