Thursday 22 September 2011

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN

SMK Tun Syed Zahiruddin secara rasminya telah memulakan sesi persekolahannya pada 3 Januari 2011. Lebih kurang 330 murid relah menghadirkan diri pada hari tersebut dengan 25 orang guru.

Bagi memulakan hari persekolahanya, perhimpunan rasmi pertama telah diadakan bagi menyampaikan maklumat mengenai sekolah. GPK HEM dan Pengetua telah memberikan ucapan alua-aluan. Bacaan Doa diketuai oelh En Mohd Ibrohim b Md Taha dan majlis dikendalikan oleh En Abd Samad b Aziz. 






Seperti biasanya Nyanyian Lagu Negeri Melaka dan Negaraku turut dinyanyikan oleh murid sekolah ini. Lagu sekolah belum dinyanyikan. Setelah tamat majlis perhimpunan rasmi, penempatan dan pengaliran kelas telah dikendalikan oleh Penyelaras Tingkatan dan Guru Kaunseling.

Turut hadir semasa perhimpunan rasmi kali pertama ini adalah En Ahamd Kamal b Ramtan ( Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Jasin )

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

PIHAK SEKOLAH adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Sumber-sumber maklumat yang diperoleh telah dinyatakan dari mana sumbernya.