Tuesday, 27 September 2011

' HUKUM PEMAKAIAN CONTACT LENS ' ( SUMBER : http://tengkunurzawani.blogspot.com )

cara pakai contact lens
Contact Lens
Saya ingin bertanya dan mendapatkan kepastian tentang penggunaan contact lens (kanta lekap) semasa solat atau puasa. Adakah sah ibadatnya?? Dan di dalam islam bolehkan seseorang itu menggunakan contact lens samada menpunyai masalah rabun atau sekadar pakai suka-suka?
Jawapan;

Ada dua tujuan memakai kanta lekap;
1. Tujuan perubatan; iaitu orang yang memakainya kerana masalah
 mata yang dihadapinya,  iaitu ia memakainya sebagai ganti cermin
mata. Hukumnya adalah harus dengan syarat tidak  mendatang
mudarat kepada mata.
2. Tujuan perhiasan; iaitu memakainya sekadar suka-suka, bukan
kerana keperluan (yakni bukan kerana masalah mata).
Ia masuk dalam hukum perhiasan. Perhiasan diharuskan
selagi tidak melanggar batasan Syara, iaitu;
a) Tidak mendedahkan aurat dan berlaku tabarruj
b) Tidak mendatangkan fitnah iaitu menimbulkan ghairah
 orang lain –terutamanya wanita- (yakni tidak harus
wanita memakai perhiasan yang boleh mendatangkan ghairah
atau mencuri perhatian lelaki kepadanya).
c) Tidak mengubah ciptaan Allah.
d) Tidak berupa penipuan atau pemalsuan.
e) Tidak menyerupai perbuatan orang kafir
f) Tidak berlebihan.
g) Tidak memudaratkan
Merujuk kepada syarat-syarat di atas, sebahagian ulamak telah
memfatwakan haram memakai contact lens yang berwarna
 (yakni mengubah warna mata yang asal) kerana ia mengubah
 ciptaan Allah, berupa penipuan/pemalsuan dan meniru perbuatan
 orang kafir di samping ia memudaratkan sebagaimana disahkan
oleh para doctor  sendiri. Di tambah lagi bagi perempuan,
 ia boleh menimbulkan fitnah  (iaitu mencuri perhatian lelaki kepadanya).
contact lens berwarna yang menarik
Contoh contact lens berwarna-warni

3. Adapun penggunaan contact lens samaada mengambil wudhuk,
solat dan puasa;  ia tidak menjejaskan ibadah-ibadah tersebut
kerana bahagian dalam mata tidaklah  wajib dibasuh atau disampaikan
air ketika mengambil wudhuk atau ketika mandi  (yang wajib ialah
bahagian luar sahaja iaitu kelopak mata). Begitu juga dengan
 puasa; menurut ulamak memasukkan sesuatu ke dalam mata
tidaklah membatalkan  puasa. Solat pun begitu juga; tidak ada
yang akan menjejaskan solat kerana contact lens.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

PIHAK SEKOLAH adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Sumber-sumber maklumat yang diperoleh telah dinyatakan dari mana sumbernya.