Tuesday 27 September 2011

APA ITU DADAH?



APA ITU DADAH?


Dadah atau drug adalah bahan atau kimia yang amat berbahaya kepada individu yang menggunakannya kerana ia mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi. Banyak hal yang berkaitan dengan dadah sentiasa menjadi bahan dalam berita. Dilaporkan terdapat beribu-ribu jenis dadah di seluruh dunia yang digunakan lebih kurang 200 juta manusia untuk pelbagai tujuan.




DEFINISI DADAH




Menurut Kamus Dewan Melayu-Inggeris, perkataan drug bermaksud ubat-ubatan. Walaubagaimana pun, untuk memberi takrifan penyalahgunaan kepada drug, perkataan use, misuse atau abuse perlu digunakan bersama-sama dengan perkataan drug. Contohnya drug abuse atau misuse of drug yang membawa maksud penyalahgunaan dadah.



Dadah merupakan istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental dan emosi serta tingkahlaku pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini, seseorang yang menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagih dan akan tyerus bergantung hidup kepadanya.



Tanpa disedari, anda sendiri mungkin telah menggunakan beberapa jenis dadah dalam hidup anda. Ubat-ubatan seperti paracetamol dan antibiotic membantu menyembuhkan penyakit anda sekiranya tidak sihat. Teh, kopi dan coklat juga mengandungi sejenis dadah rangsangan yang dikenali sebagai caffeine. Akan tetapi, dadah rangsangan seperti ini tidak mengakibatkan ketagihan yang bermasalah kepada individu, masyarakat dan negara. Oleh itu, penggunaan bahan minuman dan makanan ini tidak salah di sisi undang-undang.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

PIHAK SEKOLAH adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Sumber-sumber maklumat yang diperoleh telah dinyatakan dari mana sumbernya.