Wednesday 31 August 2011

SELAMAT DATANG KE BLOG UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMK TUN SYED ZAHIRUDDIN

Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga menyiapkan blog kaunseling ni malam tadi jam 3.00 pagi, terkial-kial juga nak membuat sebab tak berapa pakar. Mungkin blog ni tak tak secantik blog kawan-kawan yang lain tapi diharapkan ia akan memberi manafaat kepada anak-anak murid dan rakan-rakan yang lain.

Faham-faham ajelah SMK Tun Syed Zahiruddin sebuah sekolah baru, macama-macam perkara nak buat. Lebih-lebih lagi dalam membangunkan Unit Bimbingan & Kaunseling, daripada sebuah bilik yang kosong kepada sebuah bilik yang memberi informasi kepada anak-anak murid SMK Tun Syed Zahiruddin khususnya. Apa yang dapat saya katakan setakat ini tahap kesempurnaan bilik belum 100%, sekurang-kurangnya ia dah berubah rupa daripada yang asal. Dari sebuah bilik kosong, sepi dan tiada apa-apa ia dah menjadi sebuah bilik yang ada makna.

Sebenarnya dah lama bercadang nak wujudkan blog Kaunseling ni tapi belum ada masa. Dengan adanya pertandingan Merekayasa Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling memberi satu dorongan kepada saya nak membuatnya. Tambahan lagi pengetua dan pentadbir sekolah yang sangat memberi sokongan dan menggalakkan menyertai pertandingan ini. Insyallah saya akan cuba membina secara perlahan-lahan. Terima kasih juga kepada Pegawai Kaunseling Negeri Melaka iaitu En Mohd Zulhijri b Sabtu yang memberi idea untuk mengadakan pertandingan ini. 

Tak dinafikan stres memang ada dalam nak menyiapkan blog ni, walau bagaimanapun ia memberi pengalaman baru kepada saya daripada 10% ilmu kepada 80% peningkatan ilmu dalam menyediakan blog ni. Sekurang-kurangnya kita menjadi lebih peka dan berusaha untuk meningkatkan perofesionalisma dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada anak-anak didik khususnya kepada putera puteri SMK Tun Syed Zahiruddin sesuai dengan motto sekolah ' BERILMU, BERWAWASAN, CEMERLANG '.

1 comment:

  1. Tahniah kepada Puan Rugayah Sulaiman, Guru Bimbingan dan Kaunseling SMK Tun Syed Zahiruddin kerana berjaya mewujugkan laman sesawang khas untuk unit ini. Semoga maklumat yang dimuat turun dapat menjadi bahan rujukan kepada murid-murid sekolah ini khususnya, dan kepada peminat luar amnya. Tq.
    .....Pengetua (Mat Johan Jahis)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

PIHAK SEKOLAH adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Sumber-sumber maklumat yang diperoleh telah dinyatakan dari mana sumbernya.